Monday, July 1, 2013

Mesyuarat Karnival Sains

Mesyuarat Karnival Sains bagi sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan di adakan di Bilik Mesyuarat SMKSB@STAR pada hari Khamis 4 Julai,2013 jam 9.00pagi. Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Sektor Pengurusan Kemanusiaan telah memilih sekolah ini sebagai tuan rumah karnival yang akan di adakan pada 24 Ogos nanti.Mengikut Cik Zulaili,Guru Cemerlang Fizik Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Keramat En Tajudin Mohd Mor juga akan turut hadir dalam mesyuarat tersebut.Di maklumkan seramai 40 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam karnival sains nanti. Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi merupakan acara tahunan peringkat Kementerian Pendidikan.

Objektif karnival 

Pendidikan ialah proses memindahkan ilmu dan pengetahuan kepada pelajar melalui berbagai-bagai kaedah bertujuan meneroka minda pelajar sebagai Saintis Muda  untuk pembangunan negara.Objektif karnival ini antara lain ialah;
Meningkatkan kefahaman terhadap kemahiran proses Sains dan Teknologi kepada pelajar.Menyediakan peluang bagi pelajar memperkembangkan bakat dan minat dalam Sains dan Teknologi. Mencetus daya rekacipta dan inovasi berunsurkan terma suria di peringkat sekolah.Menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara berhemah,cekap dan bertanggungjawab.

Kategori pertandingan

Sebanyak empat kategori pertandingan di adakan iaitu:
pertandingan saintis muda sekolah             21 pasukan
pertandingan solar car                                 18 pasukan
pertandingan solar boat                               16 pasukan
pertandingan effiensi energy cooking         17 pasukan 

Semua kategori ini akan di pertandingkan pada 24 Ogos,2013 (Sabtu) di SMKSB@STAR yang menjadi tuan rumah peringkat negeri pada tahun ini.

 Makluman .

Pengetua SMKSB@STAR
Isnin 1 Julai,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...