Tuesday, June 25, 2013

EXCO Kesihatan Terengganu meninggal dunia
Cetak
EXCO Kesihatan Terengganu meninggal dunia  
Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar 
KUALA TERENGGANU: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia jam 10.18 pagi ini selepas tujuh hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Nur Zahirah di, sini.
Beliau disahkan meninggal dunia akibat paru-paru berair. 
Dr A Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu dan ditempatkan di ICU selepas mengalami masalah pernafasan.
Kematian beliau disahkan Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Nor.
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu, beliau mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut apabila menewaskan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Berita Harian online
Rabu 26 Jun 2013.
Takziah. Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...