Saturday, June 22, 2013

RESOLUSI PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA KE-52 TAHUN 2013

Kami Pengetua sekolah Malaysia seramai 786 orang yang bersidang pada 22 hingga 25 April 2013 di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah beriltizam dengan penuh keikhlasan untuk:

 
1. Menyokong sepenuhnya hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan bagi mencapai matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara.

2. Bertekad memacu kapasiti penyampaian pendidikan berdasarkan lima inisiatif berikut:-
(i) Memperkasa kepimpinan sekolah dalam memastikan keberhasilan murid.

(ii) Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan kapasiti guru melalui program pembangunan profesionalisme berterusan (CPD).

(iii) Memantapkan kepimpinan instruksional dan melindungi masa instruksional (MMI) bagi meningkatkan pembelajaran dan pengajaran berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS).

(iv) Meneraju perubahan budaya kerja secara kolaboratif, kreatif dan inovatif.

(v) Memperkukuh jaringan dan jalinan kerjasama sekolah-komuniti dengan menggunakan sarana ibu bapa dan sarana sekolah.
Berpandukan kepada tema persidangan tahun ini,

“KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI MENJANA
PENDIDIKAN BERKUALITI”

Kami para peserta persidangan dengan penuh harapan memohon agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi pertimbangan secara serius terhadap cadangan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia iaitu:

(i) Menambah peruntukan pengurusan sekolah (PCG mata pelajaran, bukan mata pelajaran, asrama, dll) dengan segera untuk memastikan transformasi pendidikan dapat direalisasikan.

(ii) Menghapuskan sistem penggredan sekolah menengah.

(iii) Menambah jumlah jawatan Pengetua JUSA C daripada 20 kepada 40 dan mengisi kekosongan jawatan ini dengan kadar segera.

(iv) Menaikkan Elaun Tanggungjawab Pengetua daripada RM150 kepada RM600.

(v) Memberi kuasa autonomi kepada Pengetua untuk melaksanakan dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia berdasarkan kreativiti dan inovasi dengan mengambil kira keupayaan sekolah.

Sumber: Majlis Pengetua Sekolah Malaysia(MPSM).

Che'Yahya Che' Soh
Ahli MPSM.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...