Beberapa minggu kebelakangan ini hujan tidak turun di Lembah Kelang. Bahang panas yang mencengkam berselaput jerebu memburukan keadaan.Kepanasan melampau menyebabkan mata perih,badan lenguh-lenguh dan kerongkong kering di alami setiap orang ketika ini.Setiap hari berbotol air mineral menjadi penghilang dahaga.Tumbuh-tumbuhan layu kekeringan,bunga-bungaan tidak mampu berkembang.Burung-burung yang kehausan terbang mencari sumber air untuk membasahkan badan mereka sambil berdoa memohon rahmat Tuhan menurunkan titisan hujan dari langit dengan harapan bumi kembali cerah dari asap jerebu yang menyeksakan.Dalam situasi begini semua makhluk mendambakan kasih sayang dari Tuhan kerana hujan bukan buatan manusia tetapi Allah yang memerintahkan angin, menggerakan awan untuk menurunkan hujan.Secara logiknya panas yang begini hebat, lumrahnya wap air akan naik ke udara berkumpul membentuk gumpalan awan yang mengandungi titisan air kemudian turunnya hujan, namun anggapan manusia tidak selalunya tepat dan akurat.
Ujian Tuhan
Orang beriman memerhati perlakuan alam bersandarkan keyakinan kepada Tuhan sebagai kuasa mutlak yang menentukan setiap kejadian yang berlaku di muka bumi.Apakah ini suatu bentuk ujian Tuhan kepada manusia yang sentiasa lalai dan ghaflah menunaikan hak Allah sehingga musibah melanda?Perbuatan tangan-tangan manusia yang tidak beretika terhadap lingkungan mengundang musibah kepada kehidupan sejagat.Tuhan tidak pernah menzalimi hambaNYa kecuali manusia sendiri yang mencipta kerusakan di bumi. Memang benar setiap kejadian sesuatu itu dalam pengetahuan Tuhan (Ilmu Allah) untuk menguji manusia siapakah yang lebih baik amalannya.Keyakinan kepada Ilmu Allah menjadi asas pokok bagi orang beriman kerana DIA sahaja yang berkuasa mengubah keadaan mengikut kemahuan dan kehendakNYa. Berdoa dan solat minta hujan merupakan ikhtiar yang boleh kita lakukan memohon di turunkan rahmat ke atas sekalian makhluk dalam menghadapi situasi kritikal seperti ini.Haiwan-haiwan melata termasuk burung-burung sentiasa bertasbih kepada Tuhan mengharapkan titisan hujan turun dari langit untuk meneruskan kehidupan di bumi.
Sumber:lifestyle.kompasiana.com
Sumber:lifestyle.kompasiana.com
Wallahua'llam
Che'Yahya Che'Soh
Khamis, 20 Jun 2013.
No comments:
Post a Comment