Tuesday, June 18, 2013

Negara Bersaudara

Hubungan bilateral antara Malaysia dan Indonesia berakar sejak berabad kerana faktor persamaan budaya,adat resam,keturunan,Agama dan bahasa pertuturan.Secara geografis kedudukan kedua-dua negara tetangga ini juga tidak jauh berbeza kerana masing-masing menerima hujan dan panas sepanjang tahun.Indonesia negara berpenduduk paling ramai dengan pelbagai suku dan etnik bangsa, mempunyai ribuan pulau di satukan oleh Bhineka Tunggal Ika yang menjadi prinsip kesatuan nasional mereka.Antara Malaysia dan Republik Indonesia mempunyai sejarah yang panjang.Jalur keturunan kedua-dua negara ini berasal dari satu rumpun iaitu Melayu (Jawa, Minang, Acheh,Mandailing dan sebagainya).Kedua-dua negara berjiran ini pernah di jajah oleh kuasa asing sejak berkurun sebelum masing-masing mendapat kemerdekaan.Indonesia memproklamasi kemerdekaannya pada tanggal 17 Augustus,1945 dari tangan Belanda manakala Malaysia (Tanah Melayu) 31 Ogos,1957 dari Inggeris.Dari segi kemerdekaan, Indonesia jauh mendahului Malaysia.

 
 peta Indonesia
sumber:koleksi- foto gambar.blogspot.com

Negara bersaudara

Sebagai tetangga yang paling dekat berdasarkan persamaan  adat resam dan budaya sejak berkurun menjadikan Malaysia dan Indonesia seperti sebuah keluarga besar atau negara bersaudara yang tidak mungkin terpisah kendati pun sesekali berlaku pertelingkahan kecil,pasti bersatu kembali kerana pertalian keluarga yang terjalin seumpama  'Air yang di cincang tidak akan putus' dan 'carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua'. Walau pun mempunyai persamaan budaya dan adat resam namun   dari segi percakapan dan pengertian ungkapan agak berbeza. Contohnya SULIT. Masyarakat Malaysia memahami perkataan ini sebagai Rahsia (confidential) tetapi di Indonesia bermaksud SUSAH/SUKAR. Contoh lain ialah Pejabat. Bagi kita ialah pejabat kerajaan,tempat bekerja dan bertugas seharian tetapi  di Indonesia PEJABAT ialah orang kenamaan atau berpangkat. Ibu Pejabat bermaksud isteri orang kenamaan atau pegawai tinggi sebaliknya di Malaysia bermakna Pejabat Utama (Main Office).Dalam kalangan pendidik, gelaran yang paling terhormat ialah Guru Besar iaitu Professor.Sebaliknya di Malaysia gelaran ini di khususkan kepada penjawat sekolah peringkat kebangsaan(SK). Demikian sekadar beberapa contoh yang dapat saya kongsikan bersama pembaca untuk percambahan pengetahuan berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar Malaysia  di sana lebih dua dasawarsa yang lalu.

Kaya perbendaharaan ilmu

Republik Indonesia tidak sahaja popular dengan tempat wisata yang menarik dan indah seperti Bali, Bandung, Bogor dan  Bukit Tinggi di Sumatera Barat, namun ramai cendekiawan  terkemuka lahir di Republik ini. Hamka dan Mohd. Natsir, ialah antara dua figura yang menjadi perhatian masyarakat dunia kerana melahirkan gagasan pemikiran yang kaya dengan  perbendaharaan ilmu  melalui buku-buku ilmiah dan tulisan mengenai kehidupan beragama,kemasyarakatan dan pemerintahan. Sehingga kini peninggalan khazanah berharga milik Haji Ab. Karim Malik bin Amrullah (HAMKA) seperti Tafsir Azhar, Tasauf Moden menjadi sumber pengajian di Masjid dan Surau-surau di negara ini.Demikian juga Almarhum Bapak Mohd.Natsir merupakan tokoh berwibawa dan di segani di peringkat dunia pada zamannya.Demikian secuplikan kisah kehidupan dua tokoh berjasa yang banyak meninggalkan khazanah ilmu untuk kebaikan umat sejagat.


Drs.Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 18 Jun,2013.
AHLI PAPTI








No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...