Friday, June 28, 2013

Penempatan Pegawai Secara Pentadbiran

Penempatan pegawai perkhidmatan pendidikan secara pentadbiran di Pejabat Pelajaran, Jabatan dan Kementerian secara praktikalnya merugikan tenaga pengajar di sekolah kerana kekosongan yang ditinggalkan tidak boleh diganti. Gaji dan emolumen mereka ditindik di sekolah bukannya di tempat baharu mereka bekerja.Waran perjawatan yang di luluskan JPA dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia(BPSM) hanya untuk jawatan tertinggi sahaja selebihnya terpaksa di buat secara pentadbiran bagi melicinkan pengurusan dan pengendalian kerja di sesebuah Jabatan atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Wilayah.

Guru tidak cukup

Ketidakcukupan guru mengikut waran di sesebuah sekolah ada kaitan langsung dengan pergerakan pegawai seperti ini.Kita merasakan seperti kejanggalan bila seseorang pegawai (guru) berstatus secara pentadbiran di tugaskan untuk memantau sekolah dan guru-guru kerana perjawatan mereka bukannya hakiki berdasarkan waran yang di turunkan JPA.Setahu saya tidak ada pekeliling atau surat siaran yang  membolehkan mereka di tempatkan secara pentadbiran kerana setiap penjawat mesti berada pada perjawatan hakiki mereka.Kita mengharapkan isu penempatan pegawai secara pentadbiran ini dapat segera di selesaikan bagi meringankan tugas guru di sekolah terutama dalam MMI kerana kekurangan guru ketika ini agak kritikal, termasuklah mereka yang bercuti tanpa gaji yang tidak boleh di isi.

Pelan Pembangunan

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP 2013-2025) mengandungi 11 anjakan utama yang antara lain mengupayakan peranan KPM,JPN,PPD dan Sekolah.Struktur organisasi seharusnya mengecil di peringkat KPM, JPN dan melebar di PPD untuk memastikan pengurusan pendidikan di sekolah terkordinasi dengan baik dan tidak berlaku pertindihan.Justeru perjawatan pegawai di PPD perlu di rombak mengikut spesifikasi tugas dan tanggungjawab berdasarkan norma yang di tetapkan oleh Kementerian.Mereka perlu di hakikikan berasaskan gred perjawatan  secara sah dan "legitimate" bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Sabtu 29 Jun,2013. 



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...