Tuesday, June 4, 2013

Mutiara Pagi

"Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri" (Quran S Lukman :18).Demikian pesan Tuhan dalam surah Lukman mengenai sifat dan sikap manusia yang suka menyombong diri kerana merasakan mereka lebih baik mulia daripada orang lain.Sombong dan bangga diri dua sifat tercela yang perlu kita jauhi. Dua sifat ini menjadi duri dalam diri yang perlu di buang jauh-jauh supaya hidup ini terpandu dengan sinar iman yang luhur kepada Allah swt dan ikhlas bermuamalah sesama insan.

Hamba mukhlis

Hamba Tuhan yang mukhlis , mutaqqien tidak akan berlagak dan membangga diri dengan kurniaan Ilahi kerana mereka menyedari setiap rezeki yang datang hanyalah pinjaman semata-mata. Allah boleh ambil bila-bila masa dengan berbagai cara tanpa kita sedari contohnya, terlantar sakit,kehilangan harta benda, kemalangan dan berbagai lagi-nauzubillah.  Semoga menjadi renungan untuk kita memperbaiki diri.Bermegah-megah dengan kekuasaan, kehebatan  dan kekayaan duniawi menyebabkan manusia semakin  lalai hingga masuk ke liang kubur baru menyedari kesilapan diri.

Bukti sejarah

Al Qur'an yang penuh dengan rakaman peristiwa  berlaku di zaman lampau menjadi bukti sejarah kemusnahan tamadun dan peradaban sesebuah pemerintahan yang angkuh,sombong dan membangga diri. Fir'aun yang menganggap dirinya Tuhan melakukan kezaliman melampau  menindas rakyatnya dengan berbagai cara sehingga mengeluarkan perintah membunuh anak-anak lelaki yang dilahirkan kerana takut menggugat kekuasaan dan pemerintahannya.Mengikut riwayat selama hidupnya,firaun tidak pernah sakit sebab itu dia rasa dirinya hebat dan sombong (manggak , meta). Allah mempunyai perancangan dengan mengirimkan Nabi Musa As sebagai anak angkat firaun dan membesar di istana dalam pengawasan Allah sendiri.Al Qur'an menutup kisah ini dengan tenggelamnya tentera firaun di Laut Merah.Sebaik Nabi Musa selamat tiba di daratan, Laut kembali bercantum menenggelamkan firaun dan tenteranya. Berkuburlah mereka di Laut Merah.Di saat nazak , firaun mengakui Tuhan Musa dan Harun tetapi terlambat, Allah tidak menerima taubatnya ketika nyawa di halkum. Berkuburlah firaun bersama tenteranya di Laut Merah.


 
 sumber;coral-reef-info.com
Peta menunjukan lokasi Laut Merah mempunyai kaitan
sejarah dengan peristiwa Nabi Musa As.Laut terbelah dua
menjadi daratan untuk Nabi Musa As bersama pengikutnya.


Ilmu benteng diri

Ilmu yang bertunjangkan Al Qur'an dan Hadith Nabi saw menjadi mutiara iman dalam menangani dua sifat tercela ini.Ilmuan sejati menjadi Mursyid kepada manusia menuju Allah dengan penuh rasa rendah diri dan tawadduk. Orang berilmu yang sombong dengan kehebatan ilmunya sudah pasti tidak akan mendapat keberkatan  dari Tuhan . Mereka  tidak mampu menuntun manusia memperbaiki akhlak mutmainnah kerana tidak ikhlas dalam menyampaikan dakwah.Hartawan yang suka menonjol diri juga tidak mampu merobah kehidupan orang miskin  melalui derma dan sumbangan yang diberikan kerana dalam diri di penuhi dengan perasaan bangga bahawa dia lah penderma paling banyak daripada orang lain. Mudah-mudahan kita semua terhindar dari penyakit sombong dan bangga diri kerana  boleh mematikan iman.

Wallahua'llam
Mutiara pagi
Che'Yahya Che'Soh
Rabu 5 Jun,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...