Saturday, June 15, 2013

Tujuan murni pendidikan

Pembangunan peradaban manusia bersumberkan ilmu pengetahuan yang luhur,murni dan suci berpaksikan nilai-nilai profesional seperti integriti,akauntabiliti dan jati diri sebagai manifestasi keluhuran pribadi merupakan tujuan murni pendidikan.Ilmu pendidikan mengajar manusia menjadi baik, berkata benar dan jujur kepada diri sendiri kerana materi yang terkandung dalam setiap subjek  menjadi wahana pembentuk nilai keilmuan yang autentik jika dihayati secara ilmiah dan saintifik oleh pengajar dan anak didik.Tidak terdapat satu kalimat pun dalam mana-mana mata pelajaran mengajar kaedah dan cara-cara menerima rasuah,melakukan penyelewengan ,ponteng kelas atau tuang kerja malah semua kandungan berfokus kepada pendekatan ilmu yang syumul sama ada dalam Sains, Geografi, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Prinsip Akaun untuk pembangunan tingkahlaku dan pribadi manusia secara holistik .Indahnya ilmu kerana menuntun manusia mengenal realiti kehidupan yang hakiki(sengoti).

Pergeseran nilai

Nilai-nilai pendidikan dalam masyarakat terlalu jauh menyimpang dari posisi sebenar.Pembangunan insani semakin terhakis kerana penghayatan terhadap tujuan pendidikan hanya sekadar memenuhi rutin harian sahaja. Setiap pagi ibu bapa menyiapkan anak-anak mereka ke sekolah. Sebaik pelajar tiba, mereka mencari ruang untuk mengunjungi pusat-pusat permainan Cyber Cafe atau mengikut rakan-rakan sebaya minum dan menghisap rokok di gerai-gerai roti canai.Insiden seperti ini bukan hanya berlaku dalam kalangan pelajar kota sahaja malah di pedalaman desa lagi  berleluasa.Refleksi perlakuan manusia sebahagian besarnya terbentuk melalui pendidikan yang di terima.Contoh mudah kita saksikan setiap hari bagaimana berpendidikannya orang kita semasa memandu di jalan raya. Di manakah  nilai-nilai tolak ansur dan bertimbang rasa dalam kalangan pengguna jalan raya? Di sekolah pelajar tidak saja di ajar dengan subjek untuk lulus cemerlang  semata-mata malah penekanan guru jauh terarah kepada pembentukan sahsiah dan perilaku mereka dalam kehidupan harian.

Bantuan mata-mata

Jangan salahkan pelajar jika komuniti hanya membiarkan sahaja perbuatan tidak beretika berlaku di sekeliling mereka.Bahan-bahan minuman tin yang tidak mendatangkan manfaat  mudah di dapati di kedai-kedai berdekatan sehinggga mempengaruhi tingkahlaku remaja. Zaman dahulu tiada seorang pun mata-mata (Polis) masuk ke sekolah kerana kes-kes disiplin berbanding sekarang yang terpaksa meminta bantuan polis menjaga keselamatan sekolah, malah setiap sekolah mempunyai pegawai angkat. Ini menambah lagi beban tugas mereka yang memang terlalu banyak untuk menjaga keselamatan negara.Kepada siapakah perlu di letakan kesalahan ini? Guru-guru tidak mampu mengikuti setiap gerak geri pelajar kerana mereka terikat dengan Melindungi Masa Instruksional (MMI) di sekolah. Assumsi ibu bapa mengatakan anak-anak mereka berada di sekolah walhal mereka ponteng. Jadual Kedatangan di tanda tidak hadir oleh guru kelas.Cukup tiga hari tidak hadir berturut-turut surat amaran di keluarkan.Guru patuh kepada peraturan.Pergeseran nilai ini perlu di tangani secara praktikal oleh semua pihak termasuk ibu bapa, guru, masyarakat, dan pihak berkuasa untuk mengembalikan citra pendidikan negara sebagai wadah pembangunan umah yang di segani.
 
 
 gambar hiasan; edidik.com

Ramai orang ingin mengajar guru 

Bidang pendidikan yang bersifat universal menjadi perhatian semua orang.Ramai orang yang ingin mengajar guru walau pun mereka tidak pernah menjadi guru.Secara jujur ,guru ialah  manusia yang di pilih Tuhan dengan kelembutan pribadi, bersifat penyabar dan banyak bertimbang rasa terutama sewaktu berdepan dengan karenah pelajar seramai lebih empat puluh orang dalam satu kelas setiap hari.Seorang pensyarah Universiti tidak sama dengan tugas seorang pendidik di sekolah.Perbezaan antara keduanya terlalu ketara kendati pun sama-sama bertanggungjawab mencurahkan ilmu kepada pelajar.Apakah perlu kita membuat anjakan paradigma melakukan transformasi  mengikut sistem Universiti/IPTA/ITPS yang memerlukan guru hanya memberi kuliah dan tutorial sebagai alternatif menanggulangi pergeseran nilai yang berlaku?Sekiranya kita bersetuju memperkenalkan pendekatan seperti amalan di IPTA, Pelajar-pelajar yang tidak hadir lebih 75% tidak di benarkan menduduki PMR, SPM dan STPM sebagai syarat yang perlu di patuhi oleh setiap pelajar dan ibu bapa, saya berpandangan kita mampu mengurangkan konflik yang semakin paradoks ini.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
cerakin minda Ahad 16 Jun, 2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...