Saturday, June 1, 2013

Peruntukan Semasa Mesti Habis

Semasa menyampaikan ceramah Audit 1 Malaysia kepada semua Pengetua , Guru Besar dan Pembantu Tadbir Kewangan(PT kew) sekolah pada hari Khamis 30 Mei,2013 di Dewan Tan Sri Rafie Mahat Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hj Mohammad Din Jaafar Setiausaha Bahagian(SUB)Audit Dalam Kementerian telah memberikan beberapa garis panduan yang perlu dilaksanakan oleh sekolah dalam pengurusan kewangan.

Ucapan Pengarah 

Pengarah Pendidikan Tuan Haji Abdullah Mad Yunus menggarisbawahi  beberapa perkara penting mengenai pengurusan kewangan sekolah antara lain beliau menyentuh tentang peraturan dan tatacara yang perlu dilaksanakan Pengetua/Guru Besar sebagai Pegawai Pengawal yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi perbelanjaan pengurusan kewangan sekolah.Transparen,akauntabiliti dan integriti merupakan elemen penting yang perlu di amalkan oleh setiap penjawat yang di amanahkan mengurus dan mengendalikan kewangan sekolah.Belanja berdasarkan peruntukan yang ada dan di benarkan oleh peraturan.

Belanja ikut tahun



Setiausaha Bahagian Audit Dalam Tuan Haji Mohammad Din Jaafar(gambar)  mengingatkan pengurusan sekolah supaya meneliti setiap akaun kewangan sekolah di laksankan dengan baik, mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling dan siaran yang berkaitan sebelum meluluskan sebarang pembayaran.Peruntukan yang di turunkan perlu di belanja mengikut tahun untuk keperluan pelajar. Menurut beliau setiap tahun KPM menerima cek pulangan berjumlah lebih 2 juta yang tidak habis belanja dari sekolah. Beliau juga menyentuh tentang penyelengaraan, keselamatan dan perkhidmatan kebersihan sekolah yang sering mendapat teguran pihak atasan. Pengurusan sekolah perlu memantau dan bertindak segera berdasarkan perjanjian jika berlaku ketidakakuran pihak syarikat yang menjalankan kerja-kerja selenggara dan keselamatan. Mengikut peraturan, kawasan 2 kaki di luar pagar menjadi tanggungjawab pekerja memotong rumput dan membersihkan persekitaran sekolah. Sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan, pengurusan sekolah berhak memotong gaji pekerja syarikat berkenaan. Majlis berakhir dengan sesi soal jawab daripada hadirin.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 1 Jun,2013.




No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...