Sunday, June 2, 2013

Hutang Menjerat Diri


Dalam memenuhi tuntutan hidup manusia tidak boleh lari dari berhutang. Pendapatan yang di perolehi tidak mencukupi menampung perbelanjaan keluarga menyebabkan ramai orang berhutang. Kehidupan di kota-kota besar yang serba wang menuntut manusia membuat kerja tambahan untuk menampung pendapatan.Se awal pagi kita saksikan ribuan  warga kota  berpusu-pusu di jalan raya mengejar kesesakan untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing mencari nafkah hidup. Jika terlambat keluar rumah, sudah pasti tersangkut  di tengah jalan. Mereka cukup arif dengan suasana di Kuala Lumpur yang memerlukan perancangan masa untuk mengelakan kesesakan.

Pendapatan dan pengeluaran

Kehidupan di Kota besar memerlukan perancangan kewangan yang baik untuk mengurangkan risiko dari berhutang kerana hutang membawa implikasi terhadap kesihatan diri. Pendapatan yang di terima perlu melebihi pengeluaran. Sebagai kakitangan Kerajaan, setiap penjawat sudah tahu pendapatan mereka setiap bulan tetapi mengapa perlu menambah beban dengan hutang sehingga akhirnya menjerat diri ?. Pengurusan kewangan yang berhemah menjamin kehidupan berkualiti.Mungkin orang berkata mereka yang bergaji besar boleh bercakap tetapi mereka yang berpendapatan kecil berat memikul bebanan. Sebenarnya pendapatan seseorang itu bukan menjadi ukuran mutlak, yang paling utama bagaimana kita mengurus dan mentadbir kewangan dengan baik.

Hidup sederhana

Hidup sederhana cukup dengan apa yang ada membuat manusia berasa tenang, jauh dari hutang yang menghantui fikiran. Banyak hutang mengganggu fikiran sehingga ada orang yang tidak nyenyak tidur sepanjang malam. Akibatnya selera makan hilang,penyakit datang ,badan gemok tinggal tulang kerana hutang membebankan fikiran.Pepatah mengatakan 'ukur baju di badan sendiri' bermaksud berbelanja mengikut keperluan diri jangan ikut orang.


Introspeksi diri

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Ahad 2 Jun 2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...