Hutan merupakan khazanah alam yang sangat berharga untuk manusia.Memelihara keaslian hutan sangat penting untuk kelestarian kehidupan organisma.Hutan sebagai penyumbang oksigen mempunyai ribuan spesis flora dan fauna yang sangat bermakna untuk kesinambungan generasi terkemudian.Hutan tempat bermukim habibat seperti Gajah, Singa, Harimau, Beruang, Rusa, Pelandok, Babi dan ribuan Margastua lain saling bergantung antara satu asama lain dalam membina piramid makanan. Sesetengah haiwan bertindak sebagai karnivor,yang lain herbivor dalam merebut makanan untuk kelangsungan hidup mereka. Biasanya haiwan-haiwan lemah menjadi mangsa seperti Pelandok,Rusa dan kijang. Oleh kerana deria bau haiwan sangat tajam mereka mencari kawasan yang jauh dari pemangsa untuk menyelamatkan populasi mereka.
Gambar hiasan : Populasi rusa
Sumber:antaranews.com
Gambar hiasan : Populasi rusa
Sumber:antaranews.com
Ekologi hutan
Ekologi ialah salah satu bidang dalam Biologi yang mempelajari mengenai hubungan makhluk hidup dengan persekitarannya.Ekologi hutan yang tidak terganggu oleh aktiviti manusia membentuk ekosistem kehidupan yang seimbang dan harmonis.Pancaran mata air yang turun dari gunung melalui celah-celah akar kayu dan rekahan batu batan menjadi sumber kehidupan kepada mereka di samping berbagai buah-buahan yang tumbuh subur seperti pisang hutan , durian hutan , umbut-umbutan dan rambutan hutan menjadi makanan mereka.Deruan air terjun bertingkah bunyi suara reriang dan cengkerik memecah kesunyian hutan menjadi terapi minda kepada manusia yang ingin mencari ketenangan.
sumber gambar:88karangan.com
sumber gambar:88karangan.com
Aktiviti manusia
Mutakhir ini aktiviti manusia meneroka hutan sungguh membimbangkan. Kawasan yang dulunya hijau dan kaya oksigen semakin lenyap kerana manusia tidak berakhlak dengan alam.Kegiatan pembalakan menjadi punca hutan di gondol dan botak menyebabkan berlaku erosi tanah dengan serius. Pergerakan partikel tanah yang berterusan mengakibatkan struktur hutan tidak lagi berupaya menampung taburan hujan yang turun dengan lebat. Konsekwensinya berlaku tanah runtuh dan banjir sebagai musibah alam kepada manusia.Berbagai bencana alam berlaku berpunca daripada kerakusan manusia menggorogoti hutan tanpa memikirkan risiko yang terpaksa di tanggung oleh orang lain.
Sumber:sayangilahbumikita.blogspot.com
Sumber:sayangilahbumikita.blogspot.com
Habitat musnah
Berakhlak dengan alam bermakna menjaga keharmonian hidup penghuni yang menjadikan hutan sebagai habitat mereka sejak turun temurun.Berbagai spesis haiwan terpaksa mencari tempat baharu kerana habitat mereka musnah angkara manusia yang rakus dan tamak memunggah sumber hutan untuk kepentingan ekonomi dan kepentingan peribadi.Manusia tidak pernah serik melihat kejadian yang menimpa sehingga mengambil korban akibat pemusnahan ekosistem kehidupan. Mengekalkan keaslian alam sebagai khazanah warisan menjadi tanggungjawab kita bersama untuk kelestarian kehidupan generasi terus terpelihara.

Renungan
Pengetua SMKSB@STAR
Guru Biologi
Guru Biologi
Khamis 6 Jun 2013.
No comments:
Post a Comment