Allah swt mengangkat orang berilmu dalam kalangan manusia dengan beberapa darjat.Demikian maksud inpati Al Qur'an. Memang benar manusia yang berilmu (baca bertaqwa) mendapat rahmat dan kedudukan tinggi di sisi Tuhan berbanding mereka yang jahil. Proses mendapatkan ilmu sudah tentu melalui proses pembelajaran samada secara formal,persendirian atau berguru dengan mereka yang berkelayakan. Pembelajaran tanpa bimbingan guru boleh menyesatkan manusia dari jalan Tuhan tetapi dekat dengan shaitan.Murninya ilmu menjadi petunjuk kepada manusia memilih jalan kebaikan untuk kesejahteraan hidup berpandukan ajaran Tuhan yang membawa rahmat keseluruh alam.
Doktrin ilmu
Ilmu sebagai doktrin kehidupan merupakan tunjang peradaban manusia yang mampu merubah paradigma bagi membina masa depan yang lebih baik,makmur dan sejahtera bukan sahaja untuk diri sendiri (ibda' binafsi) tetapi menjadi penyejuk mata keluarga, komuniti, masyarakat dan negara sebagai manifestasi kejernihan peribadi dan tingkahlaku terpuji.Orang yang benar-benar berilmu sentiasa mempamerkan kerendahan hati dan keikhlasan intektualiti dalam setiap perbuatan dan tindakan terutama memelihara hak-hak awam yang telah diamanahkan kepadanya.Amanah yang di beri tidak di khianati merupakan sifat orang berilmu yang mewarisi akhlak para sahabat Nabi saw Siddiq, Amanah, Tabligh Fatonah.Keempat-empat elemen ini seharusnya menjadi Self Key Result Area (SKRA) iaitu bidang utama keberhasilan diri bagi menjamin kepentingan publik di urus dengan baik dan sempurna.Kejujuran intelektual sebagai ikon pemimpin berwibawa menjadi pegangan orang berilmu yang bertunjangkan nilai madani untuk kecemerlangan organisasi.
Kebejatan moral
Kehendak emosi dan tuntutan akal sentiasa berantagonis dalam memilih nilai kebaikan.Ilmu tidak mampu berdiri sendiri tanpa paradigma tauhid yang menjadi neraca keperibadian intelektual kendati pun memiliki ijazah dan sarjana pengajian dalam berbagai bidang kemasyarakatan.Keberkatan ilmu bergantung kepada amalan,kemuliaan amalan berpaksi kepada ketauhidan untuk memperoleh keredhaan Tuhan.Tidak berakhlak dengan diri akan menjerumuskan manusia ke lembah kefasadan dan kebejatan moral yang kritikal sehingga menghancurkan sesebuah institusi.Memperkasa diri melalui SKRA sebagai prinsip ilmuan berintegriti mampu menangani kebejatan moral yang berlaku dalam masyarakat.
Sudut pandang,
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 25 Jun,2013.
No comments:
Post a Comment