Monday, June 3, 2013

Harga Rumah Meningkat

Pembangunan negara yang begitu pesat di Kuala Lumpur dan Selangor mengakibatkan nilai hartanah melambung tinggi. Harga rumah semakin naik,setiap tahun. Jika dalam tempoh sepuluh tahun dahulu harga rumah teres dua tingkat hanya  RM147,000.00 di kawasan AU Keramat, kini mencecah kepada hampir RM400,000.00.Permintaan terhadap rumah kediaman begitu mendesak dalam kalangan penduduk kota yang bekerja dan mencari rezeki di Kuala Lumpur. Pertumbuhan dan pertambahan bandar-bandar baharu sebagai  pusat kediaman merupakan manifestasi kemajuan negara dalam bidang hartanah.Harga rumah yang jauh dari Pusat Bandaraya pun tinggi kerana permintaan pengguna yang sangat mendesak. Kepadatan penduduk menjadi faktor pembinaan kondominium dan apartment di sekitar Lembah Kelang yang sentiasa meningkat saban tahun.Bagi mereka yang belum mempunyai rumah terpaksa menyewa dengan kadar yang agak tinggi terutama di Lembah Kelang.Pendapatan keluarga RM3,000.00 di kira golongan miskin bandar kerana kos sara hidup yang cukup tinggi.

Renungan
Che' Yahya Che'Soh
3 Jun 2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...