Dalam sehari dua ini pihak sekolah menerima beberapa sumbangan daripada pihak-pihak tertentu dan orang perseorangan berupa kemudahan untuk pelajar dan guru-guru menjalankan tugas dan tanggungjawab mencerdaskan anak bangsa.Bilik guru sudah dipasang dengan alat penghawa dingin yang disumbangkan oleh Pustaka Rakyat (M) melalui pengurusnya Cik Candy. Dewan Bestari dan Dewan Gemilang akan mendapat set alat pembesar suara yang InsyaAllah akan di sumbangkan oleh seorang Dato'. Dalam masa yang sama Dato' Melvin Loh ,Ahli Perniagaan yang berjaya merupakan bekas pelajar SMKSB (2005), bersetuju menyumbang 6 alat penghawa dingin untuk Dewan Gemilang. Petang tadi sekitar jam 4.30 pegawai Pn Jayanti Devi juga datang menunaikan janjinya untuk menyumbangkan 6 alat penghawa dingin. Mudah-mudahan SMKSB@STAR benar-benar menjadi sebuah sekolah yang berprestij untuk kemudahan pelajar dan guru-guru menjalankan tugas dengan cemerlang.Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa diatas segala nikmat yang diberikan. Terima kasih dan penghargaan pihak sekolah kepada semua penyumbang untuk Charity kepada sekolah.
Dato' Melvin Loh(baju batik) Top
corporate leader Mantan pelajar
SMKSB@STAR 2005.
Selenggara Tangki
Unit Pembangunan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) telah menghantar pekerja membaik pulih dan menyelenggara pam air sekolah yang kerap mengalami kerosakan termasuk beberapa alat yang perlu diganti pada kotak suis (DB). Sebanyak 7 buah tangki ditambah bagi memastikan aliran air sentiasa berfungsi untuk kemudahan pelajar, guru-guru dan seluruh warga sekolah.Kerja-kerja pembaikan dan selenggaraan ini di bawah peruntukan kecil Unit Pembangunan Jabatan. Tindakan segera Unit Pembangunan dan Aset JPWP memaklumkan secara rasmi kepada JKR mengenai laporan bilik darjah yang rekah /retak dapat meredakan kebimbangan kami. Adalah diharapkan pihak JKR dapat bertindak segera untuk keselamatan warga sekolah. Terima kasih dan penghargaan kerana prihatin dengan masalah sekolah.
Che'Yahya Che' Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 16 April,2013.
No comments:
Post a Comment