Orang Berbudi Kita Berbahasa. Orang Memberi kita Merasa. Demikian ungkapan Peribahasa yang tak lekang dek panas,tak lapuk dek hujan.Masyarakat Melayu kaya budi,kaya bahasa yang diwarisi sejak berkurun. Mutakhir ini seakan-akan sirna amalan terpuji ini dalam kehidupan harian.Mudah-mudahan sifat terpuji ini menjadi pegangan sepanjang kehidupan kita.
Sponsor Penghawa Dingin
Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Pustaka Rakyat kerana menyumbang dan memasang 6 alat penghawa dingin di Bilik Guru SMKSB@STAR dalam waktu dekat ini. Pengurusnya Cik Candy bersetuju menanggung semua kos pemasangan dan 'installation' semua peralatan tersebut untuk keselesaan dan kebajikan guru-guru menjalankan tugas dengan penuh bermotivasi.Pustaka Rakyat banyak membantu sekolah sebelum ini antaranya menyumbang peralatan digital (Skrin TV) yang memaparkan semua aktiviti dan kegiatan pelajar sebagai sumber maklumat sekolah.
Memanfaatkan setiap pemberian
Sifat manusia, bila belum dapat sesuatu memang beriya-iya sungguh,tetapi bila sudah terpenuhi hajatnya seakan-akan lupa menjaga dan merawat dengan baik. Adalah diharapkan dengan sumbangan ini menjadi penyuntik semangat kepada semua guru untuk sama-sama bertanggungjawab memelihara, menjaga dengan baik dan memanfaatkan setiap pemberian secara optima bagi mengelakan pembaziran elektrik yang dijangka meningkat drastik. Bersyukur dengan pemberian, jangan sekali-kali kufur dengan nikmat Tuhan.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMSB@STAR
Pengetua SMSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Selasa 9 April,2013.
No comments:
Post a Comment