Saturday, April 27, 2013

Membangun Nafsu Mutmainnah

Manusia secara Embriologi lahir ke dunia melalui percantuman sperma dan ovum kedua orang tuanya.Seekor sperma yang mengandungi Deribonuklik Asid ( DNA ) dan Gen menjadi penentu genetik manusia yang mewarisi sifat kedua orang tuanya.Sel-sel yang membangun diri berkembang melalui proses yang panjang setelah berlakunya persenyawaan antara sperma dan ovum tersimpan kukuh dalam uterus ibu.Pembentukan embrio mula berlaku secara bertahap yang berasal dari percampuran mani  menjadi segumpal darah. Dari segumpal darah bertukar menjadi segumpal daging. Dari segumpal daging menjadi tulang-tulang. Tulang-tulang dibungkus dengan daging.Maha Besar Allah Pencipta yang paling baik.
 

 Sumber: lensacembung.wordpress.com


Kehebatan teknologi

Kehebatan teknologi tidak mampu mencipta seekor sperma dan ovum (telur) atau sebiji jagung.Manusia perlukan Tuhan sebagai tempat berlindung.Analogi mudah bila kita berada dalam pesawat yang terbang mencecah 33 ribu kaki di udara, ketika berlaku gegaran kuat kita segera menyebut Allah. Bagi orang bukan Islam mereka juga menyebut Oh my God, Oh my Lord sebagai tempat bergantung.Itu tanda manusia mengharapkan Tuhan sebagai tempat bergantung.Jika Allah swt mampu mencipta manusia dari setitik mani,tidak mustahil Allah juga berkuasa menghidupkan manusia yang telah mati untuk mempertanggungjawabkan setiap amal perbuatan semasa hidup di dunia.

Kejadian manusia

Kejadian diri manusia yang sangat misteri berasal dari cairan sperma dan ovum, tumbuh membesar menjadi makhluk yang lengkap dan sempurna merupakan bukti konkrit kuasa Allah SWT yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun di atas muka bumi ini.Pemikiran ilmiah yang dibaringi dengan keyakinan yang kuat (iman) menimbulkan keinsafan bahawa kehidupan di bumi ini sangat bergantung kepada iradah Tuhan. Asas kejadian manusia sama disisi Tuhan. Nabi Adam dicipta dari tanah. Zuriat Adam AS dari mani yang hina(Mim ma im mahiin) lalu Allah SWT memasukan Ruh ciptaanNya membolehkan manusia hidup. Proses kehidupan bermula di saat manusia berada dalam kandungan ibu.Rahim ibu yang mempunyai keistimewaan (elastis) mampu membesar mengikut saiz kandungan, juga menjadi bukti autentik kebesaran Illahi bagi manusia yang mau berfikir dengan mata hati.

Jasad dan Ruh 

Jasad ialah sarang kepada Ruh.Bila Ruh tiada jasad pun kaku, layu dan beku.Jika tidak segera di kebumikan jasad mula berbau. Itulah hakikat sebenar sebuah perjalanan kehidupan manusia di bumi ini.Oleh kerana Ruh tidak kelihatan tetapi tetap wujud melalui perbuatan dan tingkahlaku jasmani, bermakna proses kehidupan tetap berjalan walau pun jasmani kelihatan lemah,uzur dan kendur.Selagi Ruh masih bersama jasad kehidupan terus berjalan.Dalam diri manusia berlaku pertembungan sifat kebaikan dan keburukan. Bahasa Al Qu'an menyebutkan ' FUJUURAHA  WATAQWA HA' . Manusia yang memilih jalan kebaikan (taqwa) beroleh keberuntungan dan sebaliknya mencari keburukan menempuh kesesatan.Antara kebenaran dan kesesatan sentiasa berlaku dalam diri manusia yang memerlukan latihan diri mengawal nafsu melalui iman.Nafsu tidak pernah puas sekali pun manusia memiliki segala-galanya sehinggalah sampai ketikanya mulut dipenuhi dengan tanah. Konsekuensinya berlakulah kebejatan moral, kerendahan etika,kerosakan sosial yang parah hingga menghancurkan kehidupan generasi kerana pengurusan nafsu yang tidak terkendali dengan baik.Panduan kehidupan telah diberikan Tuhan dengan melatih diri Membangun Nafsu Mutmainnah sebagai jalan hidup yang sempurna di dunia dan akhirat.Ya Ayatuhan nafsul mutmainnah. Irjii ila rabbikira dhiatam mardhiah. Fadkhuli Fi Ibaadi wadkhuli  Jannati.

Wallahu'allam.

Che'Yahya Che'Soh
Guru Biologi
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 28 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...