Saturday, April 13, 2013

Take a break at Desa Park City

Pembangunan Desa Park City di pinggiran Kota Metropolitan Kuala Lumpur yang strategik dan kelihatan elegan menjadi nadi penjana ekonomi dalam bidang hartanah.Ketenangan iklim dengan kehijauan lanskap yang indah terasa seperti berada di luar negara. Saya seringkali memandu bersendirian terutama pada waktu makan tengahari (lunch hours) untuk menikmati keindahan panorama disini.Sepanjang jalan ke Desa Park City dipenuhi  rimbunan pokok dan adunan bunga-bungaan menjadi terapi minda yang menyegarkan.Sebuah tasik yang luas, tenang dan damai menjadi mercu tanda Desa Parkcity sangat sesuai untuk merehatkan minda sekadar 'Take a break' melepaskan penat.














Panorama Desa Parkcity
Gambar : Internet

Jarak dari SMK Sinar Bintang@STAR kira-kira 2km membolehkan saya singgah menjamu mata dan menenangkan fikiran sebelum menuju Masjid Kepong untuk menunaikan solat. Saya sangat suka tempat ini kerana pemandangannya yang cantik dan tersusun. Dari simpang  Hospital Sime Darby, melalui Sekolah Antarabangsa saya perlahan kenderaan menuju Desa Park City yang tenang dan nyaman.

Rehat Minda
Drs.Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
13 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...