Monday, April 29, 2013

Tubuh Memerlukan Gizi Seimbang

Manusia  memerlukan gizi yang seimbang mengandungi karbohidrat,protein,lemak. bahan mineral dan kalsium untuk keutuhan tubuh menjalankan fungsi kehidupan seperti bernafas,bekerja ,bergerak aktif melakukan aktiviti tumbesaran untuk memperbaiki sel-sel dan tisu -tisu badan yang diperolehi melalui pemakanan.Tenaga yang dikeluarkan berasal dari makanan yang dimakan. Beberapa negara mengalami kebuluran kerana kekurangan bekalan makanan,apatah lagi gizi seimbang sehingga mengancam kebuluran yang serius seperti berlaku di Somalia  Afrika Timur yang menyaksikan sebuah panorama kehidupan penuh  sengsara ,sukar dipercayai dalam era globalisasi ini.Bukan sahaja manusia malah haiwan ternakan pun mati kebuluran kerana tiada sumber makanan.




Sebuah realiti kehidupan di Somalia
Sumber gambar: internet

Karbohidrat

Makanan yang kita makan mengandungi  karbohidrat yang terdiri daripada unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen.Setiap hari kita makan nasi sebagai makanan ruji,roti,kentang, kobis karot,tomato dan berbagai jenis makanan lagi. Kesemuanya itu mengandungi karbohidrat.Jenis-jenis karbohidrat pula ialah Monosakarida iaitu gula ringkas yang terdiri dari glukosa,fruktosa dan galaktosa.Jenis yang kedua ialah  Disakarida iaitu gula kompleks seperti maltosa,sukrosa(gula tebu) dan laktosa(gula susu) manakala Polisakarida terdiri dari kanji yang terdapat dalam ubi kentang,ubi, ubi keladi dan roti. Selulosa pula terdapat dalam sel tumbuhan manakala  Glikogen tersimpan dalam hati.Karbohirat sangat penting untuk kekuatan fizikal  kerana membekalkan tenaga untuk berbagai kegiatan fisiologi tubuh terutama penetapan suhu badan (37darjah C).Tugas dan fungsi karbohidrat ialah menukar glukosa berlebihan menjadi lemak dan disimpan di punggung,pinggang dan bawah lapisan kulit manusia. Demikian juga glukosa yang berlebihan berubah menjadi glikogen yang disimpan di dalan hati (liver).

Protein

Protein ialah sebatian nitrogen mengandungi unsur karbon,hidrogen,oksigen dan nitrogen. Bahan-bahan makanan yang kaya protein ialah telur,udang,ketam dan ikan yang berguna untuk memperbaiki tisu-tisu yang rosak dan tumbesaran badan disamping mensintesis sebatian protein seperti enzim,hormon dan antibodi.Protein dioksidasi untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan.Protein yang berlebihan bertukar kepada karbohidrat dan urea. Urea dikeluarkan dari tubuh .Demikian juga protein yang berlebihan ditukar kepada lemak dan disimpan didalam badan. Hebatnya Tuhan yang mengatur ekosistem tubuh manusia sehingga setiap organ berperanan aktif mengikut struktur dan fungsi tubuhnya dengan sempurna.

Lemak

Lemak mengandungi karbon,hidrogen dan oksigen. Lemak terdiri dari dua bahagian utama iaitu asid dan gliserol. Bahan-bahan makanan yang mengandungi lemak ialah minyak kelapa, kacang-kacangan,mentega dan keju. Lemak berperanan menghasilkan tenaga bertujuan menetapkan suhu badan. Lemak yang terdapat dalam lapisan kulit kita berfungsi sebagai penebat terutama semasa kesejukan.

Bahan-bahan mineral

Tubuh yang kuat dan sihat seharusnya mengandungi unsur pemakanan yang kaya dengan karbon,hidrogen,oksigen,nirogen,natrium,kalsium,ferum dan fosforus. Kekurangan unsur-unsur tersebut menyebabkan defisiensi (kurang gizi) sehingga membantut dan merencatkan proses tumbesaran manusia. Kekurangan Kalsium misalnya menyebabkan tetanus iaitu kekejangan dan sakit otot. Kekurangan Ferum(Besi) mengakibatkan Anaemia kerana kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah untuk mengangkut oksigen menyebabkan penderita berasa lemah dan tidak berdaya.Rekah dan kering kulit juga merupakan simpton gejala kekurangan Ferum(Fe).



Drs. Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Guru Biologi
29 April,2013.


Sumber: Biologi Moden


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...