Saturday, April 27, 2013

Mengurus kesabaran

Memimpin, mengurus , mentadbir sesebuah organisasi merupakan tugas yang perlu dilaksanakan secara terancang, sistematik dan berstruktur bagi mencapai matlamat dan objektif  berdasarkan misi dan visi yang telah ditetapkan.Keupayaan memimpin bergantung kepada penguasaan ilmu yang di garap melalui pembacaan sebagai sumber pembangunan modal insan berketrampilan. Ilmu dan pengalaman menjadi elemen pelengkap kepada seseorang pemimpin melahirkan gagasan pemikiran untuk memacu pembangunan organisasi dengan cemerlang. Pemimpin yang berilmu,berpengalaman mempunyai keberanian membuat keputusan tanpa bias bebas dari sebarang pengaruh.

Mengurus Sekolah

Pengurusan sekolah yang selalu dibincang dalam mesyuarat dan forum mengkategorikannya kepada 9 bidang utama iaitu; Pengurusan organisasi, Pengurusan pejabat, Pengurusan kurikulum,Pengurusan kewangan, Pengurusan ko kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid,Pengurusan fizikal,Pengurusan sumber manusia dan Hubungan komuniti.Demikian dapatan Jemaah Nazir mengenai pengurusan dalam Standard Kompetensi Pengetua Malaysia (SKPM).

Mengurus sekolah sebagai sebuah organisasi awam memerlukan kesabaran intektual,,tabah dan berani mendepani cabaran. Mengurus sumber manusia yang mempunyai pelbagai ragam dan tabiat memerlukan hikmah dan kebijaksanaan .Pengurusan organisasi membabitkan visi,misi dan piagam pelanggan yang menjadi janji organisasi kepada setiap orang yang berurusan dengan kita.Pengurusan pejabat pula memastikan setiap anggota memahami Arahan perkhidmatan dengan baik,tatacara surat-menyurat, fail memail,pengurusan peralatan pejabat dan pengurusan kaunter khidmat pelanggan.

Mengurus kurikulum

Pengurusan Kurikulum merupakan Sasaran Kerja Utama(SKT) pemimpin instruksional bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan dengan baik dan sempurna. Melindungi Masa Instruksional (MMI) menjadi mauduk utama memastikan peruntukan masa yang ditetapkan digunakan sebaik mungkin oleh guru di bilik darjah.Kecemerlangan akademik menjadi indikator kemajuan sesebuah sekolah.

Pengurusan kewangan

Pengurusan kewangan sekolah menjadi ukuran integriti pemimpin. Ketelusan, transparen menepati tatacara Arahan Perbendaharaan, Pekeliling JPN dan KPM menjadi punca kuasa yang perlu dilaksanakan dengan penuh akauntabiliti bagi memastikan setiap sen yang dibelanja memenuhi kehendak organisasi dan kepentingan awam.Kejujuran dan ketulusan merupakan tonggak kecemerlangan organisasi.Peruntukan yang diturunkan memang tidak mencukupi, terutama untuk menyelengara dan penambahbaikan infrastruktur yang rosak .

Pengurusan fizikal

Memang tidak dapat disangkal,bangunan sekolah kerap rosak kerana kurang selenggara.Peruntukan tidak mencukupi memaksa pihak pengurusan mencari sumber sendiri bagi mengelak risiko yang bakal terjadi.Bila hujan lebat, air melimpah sepanjang koridor  memasuki bilik darjah . Atap bocor dan jatuh diterbangkan angin kencang. Wayar penebat hilang tidak berganti  menyebabkan gangguan kepada sistem komputer dan elektrik sekolah kerap tergendala. Laporan secara lisan dan bertulis telah dibuat kepada pihak bertanggungjawab tetapi masih tiada sebarang tindakan. Inilah fenomena yang dihadapi oleh kebanyakan pengetua .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Sabtu 27 April,2013.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...