Politik darah daging Aishah
Allahyarham masih luah hasrat mahu mengundi walaupun tenat
Kuala Lumpur: Semangat juang dan cinta pada parti dan negara tidak pernah padam dalam diri tokoh veteran UMNO tanah air, Tan Sri Aishah Ghani, 90, hingga ke akhir hayatnya.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sempat meluahkan hasrat kepada anak sulungnya, Shairudin Abdul Aziz, 65, untuk keluar mengundi dengan menaiki bas ke Parlimen Wangsa Maju pada pilihan raya kali ini.
Kuala Lumpur: Semangat juang dan cinta pada parti dan negara tidak pernah padam dalam diri tokoh veteran UMNO tanah air, Tan Sri Aishah Ghani, 90, hingga ke akhir hayatnya.
Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu sempat meluahkan hasrat kepada anak sulungnya, Shairudin Abdul Aziz, 65, untuk keluar mengundi dengan menaiki bas ke Parlimen Wangsa Maju pada pilihan raya kali ini.
Allahyarham, yang juga bekas Menteri Kebajikan, meninggal dunia
di Hospital Gleneagles, Ampang, pada jam 12.50 tengah hari kerana
paru-paru berair. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara,
Damansara selepas Asar.
Bercerita pasal politik
Bagi Allahyarham, politik adalah darah daging dalam hidupnya yang tidak boleh dipisahkan dan mahu kestabilan politik dikekalkan menerusi pilihan raya yang lancar.
“Meskipun keadaan kesihatan emak saya tidak menentu, beliau sering bercerita mengenai perjuangan politik. Malah, dalam keadaan uzur, dia menyebut mahu naik bas untuk keluar mengundi bagi mengimbas kenangan lama.
“Emak berharap proses mengundi kali ini berjalan dengan baik seperti yang pernah dijalankan dulu, tanpa ada perkara yang tidak baik. Biarlah keamanan terpelihara, kalau tidak ia akan hilang selama-lamanya,” katanya ketika ditemui di Jalan Bukit Ledang, dekat sini, semalam.
Allahyarham meninggalkan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan, 12 cucu dan lima cicit. Antara yang menziarahi, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz.
Dr Mahathir menyifatkan Aishah seorang yang cukup aktif pada zamannya.
“Tidak ramai wanita yang ada pelajaran, dia sangat mengagumkan sampai ke saat terakhir pun dia masih bercakap mengenai politik walaupun tidak sihat,” katanya.
Rais berkata, pemergian pemimpin wanita itu sukar dicari ganti kerana banyak menyumbang kepada pergerakan nasional khususnya wanita.
Banyak jasa
“Bagi mengingati jasa dan sumbangan beliau itu adalah wajar Wanita UMNO mengadakan acara khas untuk mengingati pengorbanan beliau,” katanya.
Rafidah, yang mula mengenali Aishah sejak awal pembabitan dalam politik menyifatkan tokoh berkenaan seperti kakak sulung dan lantang bersuara menegakkan perjuangan serta tempat rujukan mereka berpolitik.
Berita Harian Sabtu 20 April,2013.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
20 April,2013.
No comments:
Post a Comment