Saturday, April 13, 2013

Pereka Pentas


Puan Zanariah dan Puan Siti Soraya 
Pereka Pentas Hari Anugerah Cemerlang


Hari ini Sabtu 13 April, 2013 ialah  Majlis Anugerah Cemerlang SMK Sinar Bintang@STAR yang diadakan di Dewan Bestari bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang peringkat PMR,SPM dan peperiksaan akhir tahun 2012. Tetamu Kehormat ialah Puan Jayanti Devi Balaguru sudi hadir menyempurnakan penyampaian sijil kepada pelajar.Kehadiran ibu bapa dan pelajar yang membanggakan menjadi suntikan semangat kepada pihak sekolah  menjayakan program ini.


 
 Che'gu WNazmi bersama pembawa bunga manggar

Ucapan Alu-aluan Pengetua

Pengetua telah menyampaikan ucapan berkaitan dengan pencapaian sekolah dalam bidang akademik dan sasaran yang telah ditetapkan berfokus kepada 60% Kurikulum, 20% Kokurikulum dan 20% Sahsiah.Pengetua selanjutnya memaklumkan pencapaian pelajar cemerlang seramai 12 orang dalam SPM 2012 dan 13 orang calon semua A dalam PMR. Bagi pihak sekolah, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Puan Jayanti kerana sudi hadir menyempurnakan majlis ini. Kami telah merancang, melaksana program PEMBESTARIAN PMR SPM dalam kalangan pelajar sebagai strategi peningkatan akademik.

Konsep STAR


 
Penyampaian sijil oleh Pengetua

Melalui STAR iaitu 'School Tasks Action Results' kita telah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan yang ada untuk meningkatkan pencapaian pelajar.Pengetua juga menyentuh tentang transformasi yang berlaku dalam pendidikan masa kini.  Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) yang bermula ( 2013-2025) mengandungi 11 anjakan merupakan kerangka induk yang perlu dilaksanakan oleh semua pengamal pendidikan untuk membangun modal insan berintegriti menjadi sebuah negara maju.


Puan Jayanti Devi  Balaguru,
Pengerusi Penyelaras Segambut

Ucapan Tetamu Kehormat

Dalam ucapannya, Puan Jayanti melahirkan rasa bangga dengan pencapaian sekolah dan kesungguhan guru bagi memastikan pelajar berjaya dalam pelajaran mereka. Beliau juga bersetuju meluluskan 6 buah alat penghawa dingin untuk Bilik Guru dan bersedia menjadikan SMKSB@STAR sebagai sekolah angkat beliau.Majlis berakhir jam 11.10pagi.Terima kasih kepada semua guru,pelajar terbabit menjayakan majlis ini. Keakraban dan kerjasama padu dalam kalangan warga sekolah menghasilkan kecemerlangan organisasi .

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Sabtu 13 April,2013.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...