Wednesday, April 3, 2013

Nazir Wilayah Turun ke Sekolah

Siang tadi sekitar jam 11.30 pagi dua orang pegawai Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur En. Basri Hassan dan Cik Cheng , datang ke sekolah berjumpa Pengetua untuk memantau dan mencerap seorang guru ICT Cik Azzura yang memohon menjadi Nazir. Secara kebetulan pegawai Nazir En. Basri merupakan rakan sekerja saya semasa beliau bertugas di Lembaga Peperiksaan beberapa tahun lalu. Kami sering bermesyuarat bersama mengenai pengurusan  peperiksaan. Ketika itu saya berkhidmat di Unit Penilaian dan Peperiksaan JPN Wilayah Persekutuan.

Bertemu guru

Saya meminta Ketua Bidang Cik Kong menemani mereka berjumpa guru berkenaan kerana sekolah ada mesyuarat post mortem SPM. Dalam masa yang sama SMK Sinar Bintang@STAR menjadi tuan rumah kejohanan Bola Tampar bagi Zon Sentul yang membabitkan 23 buah sekolah mengambil bahagian dalam acara tersebut. Setakat ini SMKSB@STAR mengungguli dalam pertandingan tersebut bagi bawah 18 dan bawah 15 tahun. Tahniah semoga terus cemerlang sehingga akhir perlawanan.

Terima kasih dan penghargaan 

Pengurusan sekolah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada En. Basri dan Cik Teng kerana turun ke sekolah untuk menjalankan naziran keatas seorang guru SMKSB@STAR .  Sebelum meninggalkan pekarangan sekolah kami sempat berbincang beberapa isu mengenai perkembangan pendidikan terkini. Saya menyuarakan pandangan kepada mereka berdua mengenai Standard Kualiti Pendidikan  Malaysia (SKPM) yang merupakan instrumen  paling berkesan untuk mengukur dan menilai kecemerlangan sesebuah sekolah sebagai sebuah organisasi unggul dan berwibawa.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 3 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...