Orang Kelantan terkenal rajin berniaga kecuali saya. Di mana-mana saja dalam Jazirah Darul Naim bahkan seantero negara berlaku urusan jual beli dari sekecil-kecil makanan seperti ETOK yang di jual di pasar-pasar (Merket kata orang Kelantan) seluruh Daerah dan Jajahan hinggalah kepada perniagaan hartanah.Orang luar Kelantan tidak mengenali makanan ini. Etok sejenis makanan yang di gemari majoriti masyarakat Kelantan.Etok di perolehi dari sungai dan di salai. Rasanya sedap ,lemak dan sedikit masin. Kebanyakan orang Kelantan pandai makan etok malah sesetengahnya hanya menggunakan gigi sahaja tanpa bantuan tangan. Bagi yang tidak biasa jangan tiru nanti tertelan. Terliurnya nak makan etok lama dah tak kena. Sekarang industri etok semakin susut kerana sukar memperolehinya.
sumber :azinimz.blogspot.com
sumber :azinimz.blogspot.com
Antara Riyal dan Ringgit
Dalam transaksi harian, masyarakat Kelantan menyebut Riyal bukannya Ringgit jika ingin membeli atau menjual barang dagangan. Mereka telah terbiasa dengan sebutan tersebut sejak berdekad kerana pengaruh Mekkah Al Mukarramah yang masih menebal dalam kalangan orang Kelantan.Kebanyakan Ulama' negeri ini mendapat pendidikan di Mekah dan negera-negara Arab seperti Mesir, Syria, Jordan sejak sekelian lama malah ada yang telah bermastautin menjadi warga negara Arab.Justeru hingga kini orang lebih selesa menyebut Riyal walau pun duit yang kita guna ialah Ringgit.
Samah Dua Amah
Dalam kalangan orang yang lebih tua mereka masih lagi menggunakan Amah iaitu sebutan bagi jumlah wang perlu di bayar ketika membeli atau menjual. Contohnya harga sebiji durian tiga amah , bermakna Satu Ringgit Lima Puluh Sen sebutir. Dari mana asal perkataan amah sukar diketahui,mungkin pada masa dulu orang berurusan berdasarkan pasaran emas untuk jual beli .Justeru jangan terperanjat jika anda ke kampung-kampung di Kelantan orang tua-tua akan menyebut samah (lima puluh sen) dua amah (satu ringgit) lima amah,(bukan pembantu rumah) tiga amah untuk menggambarkan sejumlah wang yang perlu dibayar oleh pembeli.Demikian sekadar makluman.

CYCS
10 April,2013.
No comments:
Post a Comment