Tuesday, April 30, 2013

Technology update 2013

Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWP) mengadakan taklimat kepada semua Sekolah Menengah dan Rendah mengenai "Transformasi ICT: Akses Pendidikan Ke Era Maya". Penceramah INTAN  En.Aisham Mohammad KPP Bahagian Dasar Pembangunan ICT menyampaikan ceramah berkaitan Dasar ICT Kerajaan yang telah dikeluarkan sejak tahun 1999-2011.Menurutnya sepanjang tempoh tersebut,Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU)telah menggariskan 8 Bidang Arahan Dasar utama untuk panduan Sektor Awam dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengurus organisasi secara profesional dan bertanggungjawab.Teknologi maklumat yang begitu pantas berkembang menyaksikan pelbagai media sosial memenuhi dunia maya memerlukan saringan (filter) informasi yang benar-benar akurat untuk kesejahteraan masyarakat dan negara.  


E-pembelajaran EPSA

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) membangun portal pembelajaran untuk Sektor Awam Malaysia. Portal E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) merupakan model e-learning menjimatkan  masa dan kos bertujuan memberikan kemudahan kepada anggota perkhidmatan awam mengikuti kursus-kursus yang di tawarkan oleh INTAN.Kaedah pembelajaran EPSA tidak terikat dengan tempat dan masa kerana berkonsepkan "learning anytime anywhere" tidak terhad hanya di pejabat semata-mata.Pendekatan EPSA memberi manfaat besar kepada penjawat awam yang berusaha meningkatkan pembangunan diri dalam ICT kerana menyediakan ruang dan peluang secara terbuka untuk menggalakan pembelajaran berterusan melalui kaedah ini.Latihan yang disediakan oleh INTAN melalui kursus EPSA seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Projek,Pengurusan Sumber Manusia, Teknologi Hijau dan Kaunseling  merupakan platform yang sangat berguna untuk peningkatan ilmu dan informasi dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.Maklumat tentang EPSA boleh dilayari dalam www.epsa.intan.my


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut,Kuala Lumpur.
Selasa 30 April,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...