Thursday, April 25, 2013

Rahsia Kejayaan Mydin


Semasa menyampaikan ceramah dalam Majlis Persidangan Pengetua Sekolah Malaysia(MPSM) 23 April,2013 di Hotel Promenade Kota Kinabalu Sabah,  Datuk Wira Ameer Ali Mydin telah memberikan beberapa tips mengenai kejayaan yang dicapai oleh Mydin dalam membangun dan mengembangkan rangkaian perniagaannya. Sehingga kini sebanyak 197 cawangan dengan keuntungan setahun sebanyak 2.5 bilion.















Datuk Wira Ameer Ali Mydin
 
Beliau menjelaskan "Never under estimate your students,We have to be innovative to attract our students.Love yourself to love others.Clear objective.Confidence- Yes I can do it.Calculated risk.Be creative.Work together.Managing people.Patient.Use technology.Use inner strength that God given us". Demikian beberapa tips yang dapat saya kutip melalui ucapannya sepanjang 2 jam yang sungguh mengujakan.Menjadi usahawan yang berjaya memerlukan pengorbanan yang tinggi. Menurut beliau bermula hanya dengan sebuah kedai kecil di Jalan Masjid India, kini rangkaian perniagaan Mydin berkembang hampir keseluruh negara.Beliau mengajak 'audience' supaya banyak membaca terutama mengenai bidang yang digemari kerana tidak mudah untuk kita mengetahui apa sebenarnya yang kita mahu lakukan dalam hidup. Saya berpandangan, Mydin boleh menceburi bidang  pendidikan dengan menubuhkan Mydin Institute of Bussiness Studies dengan menawarkan kursus-kursus asas peniagaan kepada para pelajar yang berminat dalam bidang perniagaan.

Berjumpa Bolkas 

Rakan sekerja Bolkas Hj Hasbullah menemui saya dan kami berbincang panjang kerana sudah lama tak bertemu. Bolkas mantan KPP Penilaian Peperiksaan JPN Sabah (bersara tahun 2006 ) , kini menjadi Manager Imperial Boutec Hotel (Director of Sales and Marketing) Kota kinabalu, berjumpa saya . Kami berbual panjang mengenai kisah suka duka sepanjang bersama mengemudi peperiksaan di negeri masing-masing tempoh dulu. Ramai rakan-rakan telah bersara dan ada juga yang telah berpulang kerahmatullah.Kami bergerak ke Aiza Cafe di belakang hotel untuk makan malam bersama. Terima kasih Bol menjenguk saya, semoga Allah SWT memberkati kita dalam meneruskan sisa-sisa umur yang masih berbaki.


Che'Yahya Che'Soh
Principal SMKSB@STAR
26 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...