Saturday, April 13, 2013

Membina Kecekapan Diri

Setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri . Kelebihan dan kekurangan terdapat  dalam diri setiap individu.Melalui ilmu pengetahuan yang di pelajari, manusia mampu menulis, membaca dan mengira sebagai asas kehidupan. Penerokaan ilmu secara mendalam membantu manusia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran. Melalui kemahiran yang diperolehi secara beransur manusia mampu membina kecekapan diri sebagai 'outcome' dari proses pembelajaran dan pengajaran.

Pembentukan generasi

Pembentukan generasi berilmu bermula dari sekolah. Tujuan sekolah untuk melahirkan manusia berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran dan kecekapan . Gabungan ketiga-tiga elemen iaitu Ilmu, Kemahiran dan Kecekapan merupakan asas pokok bagi setiap orang yang ingin berjaya dalam hidup. Jika kita inginkan kebahagiaan di dunia mestilah dengan ilmu dan sebaliknya diakhirat juga dengan ilmu.Orang berilmu mendapat kedudukan istimewa disisi Tuhan,mendapat kehormatan masyarakat dan menjadi penunjuk jalan kepada manusia sejagat.Dalam Bahasa Inggeris sering diungkapkan "Knowledge, Skills and Competence" sebagai sarana paling menunjang pembentukan intektualiti seseorang.

Kemahiran dan kompetensi

Kemahiran ialah sebahagian daripada Kompetensi yang ditunjangi oleh ilmu,sikap dan kekuatan diri dalam menyelesaikan masalah.Kompetensi menjadi ukuran kemampuan seseorang (proven ability) berasaskan ilmu dan kemahiran membina potensi diri (self development) untuk mencipta kejayaan.Membina kecemerlangan bersandarkan ilmu,kemahiran dan kecekapan semata-mata tidak menjamin kesejahteraan sekiranya nilai-nilai kemanusiaan gagal diaplikasikan dalam setiap tindakan.Membangun potensi diri menjadi individu beradab merupakan cermin peribadi individu berintegriti yang dapat menyumbang khidmat bakti dengan cemerlang kepada masyarakat,bangsa dan negara.
  

 Source: learning.metiri.com

Objektif utama

Menyedari pentingnya ilmu,kemahiran dan kecekapan sebagai indikator kecemerlangan, pihak sekolah telah memasang papan tanda " The main objective of education is to prepare the young people with knowledge, skills and competence for their better future" sebaik sahaja saya berpindah ke SMKSB@STAR pada 10 April,2012  untuk menyedarkan pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat awam mengenai hala tuju pendidikan anak-anak mereka. Sekolah merupakan kilang menghasilkan manusia melalui pemindahan  pengetahuan ,pembinaan kemahiran dan kecekapan dalam pelbagai disiplin ilmu menjadi tonggak kecemerlangan. Secara jujur, situasi seperti ini tidak terdapat diluar, jika pun ada sudah pasti tidak sama dengan sekolah. Justeru saya menyeru semua pelajar, rebutlah peluang dan kesempatan yang masih ada untuk membina keyakinan diri menjadi pelajar berkualiti sesuai dengan ilmu,kemahiran dan kecekapan yang di miliki.


Drs.Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Ahad 14 April,2013. 

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...