Sunday, April 28, 2013

Jangan mengharapkan pujian

Jarang sekali manusia tidak suka dipuji, lebih-lebih lagi kaum wanita. Orang yang suka dipuji akan lupa diri kerana berasa dirinya lebih hebat dari orang lain.Berbuat kebaikan sangat dituntut oleh Agama. Mencegah kemungkaran,kemaksiatan dan kerosakan akhlak merupakan sifat terpuji setiap insan.Kebaikan yang dilakukan walau pun hanya sekadar membuang halangan di jalan sangat bermakna di sisi Tuhan.Ganjarannya ialah pahala yang berkekalan. Setiap perbuatan baik atau sebaliknya mendapat perhatian Allah walau pun sebesar zarah yang dilakukan. Syaratnya ialah ikhlas.

Jangan minta di puji

Perbuatan yang paling tidak disukai Allah ialah memuji manusia berlebih-lebihan. Puji-pujian hanya untuk Allah , Tuhan sekelian alam yang hanya layak menerima pujian dan RasulNya Muhammad saw. Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak yang agung.Allah memuji NabiNya Muhammad saw yang memiliki kesempurnaan akhlak dan budi pekerti mulia.  Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin. Tidakah kita berikrar setiap solat bahawa Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam yang mentadbir bumi dan langit. Justeru jika kita benar-benar ikhlas melaksanakan tugas dan tanggungjawab biarlah orang menilai sendiri. Jangan sekali-kali minta di puji kerana perbuatan seperti itu akan mematikan amalan dan mendatangkan riak dalam diri. Sesungguhnya riak ialah perbuatan yang sangat ditakuti oleh setiap orang beriman.Teringat pantun lama Zaaba berbunyi ;

Buat lah baik ayuhai rakan,
ke dalam laut kamu campakan
Jika tidak di kenal ikan
Tuhan mu tahu ia kah bukan.

Demikian sekadar renungan untuk kebaikan bersama.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
29 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...