Wednesday, April 3, 2013

Membina Ayat

Muka

Muka boleh diertikan dengan wajah. Contoh ayat : Muka ulama itu berseri-seri kerana sentiasa berwudhu'. Muka bumi Malaysia sangat indah. Muka surat menunjukan halaman. Muka tembok ialah orang tak tahu malu.Bermuka-muka ialah sifat manusia yang berpura-pura atau ingin menunjuk-nunjuk tentang kebaikan yang dilakukan. Bersemuka bermaksud bertemu secara empat mata. Contoh;Kedua-dua pegawai bersetuju  bersemuka untuk menjelaskan kekusutan yang berlaku  diantara mereka. Beberapa contoh lagi yang sering berlaku dalam percakapan  harian tanpa kita sedari seperti Padan muka bermakna biar kamu rasa.Contoh ; Kami sudah lali dengan perangainya yang tidak mendengar nasihat supaya jangan menunggang motosikal dengan berbahaya sehingga mendatangkan cedera parah sekarang padan muka, rasakan. Air Muka ialah maruah diri. Contoh; Sebagai Pendidik kita perlu menjaga Air muka pelajar dikhalayak ramai.Bayar Muka bermaksud membuat bayaran pendahuluan.Raut Muka bermaksud seseorang membayangkan sesuatu atau bentuk wajah.Boleh juga disebut ekspresi muka.Contoh;Walau pun gadis itu tidak cantik tetapi raut mukanya kelihatan sungguh ayu. Tunjuk Muka bermaksud menghadirkan diri walau pun sekejap. Contoh Dia datang sekadar tunjuk muka dalam pertandingan tersebut. Muka Masam menunjukan wajah tidak  gembira. Contoh ayat: Che' gu Aminah kelihatan tidak pernah senyum. Bermasam Muka contoh: Jauhilah daripada bermasam muka sesama warga sekolah untuk keharmonian dan keseronokan bekerja. Tebal Muka ertinya menahan malu. Contoh; Jusuh terpaksa tebal muka berhutang dengan kawannya kerana kesempitan wang.Bersua Muka .Contoh, Saya sungguh teruja kerana dapat Bersua Muka dengan bekas Pengarah yang sudah lama terpisah.Memek Muka contoh ayat: Melihat kepada Memek muka pekedai itu sudah dapat di tebak berlaku sorokan barang-barang keperluan asas yang diperlukan. Seri Muka ialah sejenis kueh tradisi melayu yang sangat digemari. Talam Dua Muka contoh: Orang yang bersifat seperti talam dua muka tidak boleh dipercayai.

Sekadar iseng-iseng   

Che'Yahya Che'Soh
Bukan Guru Bahasa.
3 April,2013.


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...