Sunday, April 21, 2013

Konsep 4 P

Orang cerdik sentiasa bermuhasabah diri,membuat refleksi mengenai tindakan dan perbuatan yang telah dilakukan samada mendatangkan manfaat kepada orang ramai atau sebaliknya. Bagi mereka yang kurang cerdas sentiasa mencari-cari dan mengorek kesalahan orang lain. Jarang sekali manusia mau mengaku kesilapan dan kelemahan kerana sukar menghilangkan keegoan diri. Keakuan dalam diri yang menebal menyebabkan manusia sukar menerima pandangan pihak lain. Sikap dan tindak tanduk yang di kuasai oleh perasaan menyebabkan manusia merasakan dirinya  saja yang betul, orang lain semuanya salah. Membuat penilaian diri merupakan sikap terpuji yang sangat dituntut dalam Islam.Mencari dan membuka aib orang mendapat murka Allah.

Mengurus manusia

Dalam mengurus sumber manusia, seseorang ketua berdepan dengan berbagai karenah yang datang dari berbagai sumber.Menangani sesuatu isu dalam kalangan anggota organisasi memerlukan kewarasan dan kebijaksanaan. Kepentingan organisasi seharusnya menjadi keutamaan, namun secara realitinya berapa ramai  orang yang dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan saksama.Kepentingan awam seharusnya menjadi tonggak kecemerlangan organisasi.Melihat empat kriteria yang menjurus kepada kekuatan organisasi iaitu "people,process,priority and purpose' sebagai inkator kekuatan, seseorang ketua perlu bijak memimpin,mentadbir dan mengurus organisasi menuju kecemerlangan. 

Amalan 4 P

Kekuatan sesebuah organisasi kerana kesepaduan cita-cita menjayakan misi dalam kalangan pengikut. Seorang ketua yang  mempunyai keikhlasan intelektual (intellectual honesty) mempunyai perspektif yang baik kepada setiap pekerjanya dengan mempamerkan sikap terpuji dalam setiap tindakan.Mengamalkan konsep 4 P dengan memberikan perhatian dan tumpuan kepada 'people' sebagai  subjek yang perlu ditangani secara bijaksana memudahkan proses kerja berdasarkan keutamaan untuk mencapai matlamat dan outcome yang diharapkan.


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Kemaskini Isnin 22 April,2013.12.41am

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...