Friday, April 19, 2013

Debaran Calon dan Pegawai Pengurus

Sabtu 20 April,2013 ialah Hari Penamaan Calon (HPC) bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara dalam Pilihanraya Umum ke 13 pada tahun ini.Setiap calon yang bertanding pasti berdebar-debar ketika mengemukakan Kertas Pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya(SPR). Pegawai Pengurus (PP) bersama dua orang Penolong Pegawai Pengurus(PPP) merupakan orang yang paling berdebar menunggu detik pencalonan di buka mulai jam 9.00 pagi.













Pengalaman saya semasa menjadi Pegawai Pengurus selama 3 penggal sejak tahun 1999,2004 dan 2008 bagi Parlimen P119 Titiwangsa sungguh mencabar tetapi menyeronokan walau pun kurang tidur. Semoga proses penamaan calon PRU kali ini berjalan dengan baik dan sempurna sehinggalah hari pengundian pada 5 Mei nanti. 

Selamat bertugas .

Che'Yahya Che'Soh
Mantan PP P119 Titiwangsa 
1999.2004.2008

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...