Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan
Pengetua Malaysia ke 52 Pada 22-25 April,2013
Persidangan kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Malaysia akan berlangsung mulai 22-25 April,2013 di Kota Kinabalu Sabah. Pemilihan Sabah sebagai Tuan rumah persidangan pada kali ini melengkapkan rotasi penggiliran tugas Majlis Pengetua Sekolah Malaysia(MPSM) yang diadakan saban tahun.Setiap negeri akan menjadi pengelola persidangan. Tahun lalu MPSM Pahang Darul Makmur menjadi tuan rumah persidangan.MPSM dipimpin oleh Tuan Haji Mohd.Khailani Ab.Jalil (DG-54) Pengetua SMK Segambut Jaya kira-kira 1 km dari sekolah saya.
Haji Mohd.Khailani(bersongkok) bersama
Penulis dalam majlis berbuka puasa 2011.
Beliau menggantikan Dato'Azam Atan yang bersara wajib mulai 2011. Persidangan tahun ini tiada pemilihan.Semua peserta akan menginap di hotel Promenade Kota Kinabalu mulai Isnin hingga Khamis.Seramai 51 orang ahli MPSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hadir dalam persidangan tersebut.
Hotel Promenade Kota Kinabalu
Pengisian persidangan
Haji Mohd.Khailani(bersongkok) bersama
Penulis dalam majlis berbuka puasa 2011.
Beliau menggantikan Dato'Azam Atan yang bersara wajib mulai 2011. Persidangan tahun ini tiada pemilihan.Semua peserta akan menginap di hotel Promenade Kota Kinabalu mulai Isnin hingga Khamis.Seramai 51 orang ahli MPSM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hadir dalam persidangan tersebut.
Hotel Promenade Kota Kinabalu
Pengisian persidangan
Mengikut jadual,pengisian persidangan akan dimulakan dengan bicara profesional oleh Datuk Dr Amin Senin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan(TKPPM) Sektor Dasar Dan Pembangunan Pendidikan mengenai "Kepimpinan Berprestasi Tinggi Meningkatkan Keberhasilan Murid" , diikuti Majlis Perasmian oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM merangkap Menteri Pelajaran, Forum Pendidikan, Ceramah Korporat, lawatan Penanda Aras kebeberapa sekolah cemerlang di Sabah. Esoknya Mesyuarat Agung MPSM ke 52. Majlis Perasmian penutup disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Abd.Ghafar Mahmud .
Peranan MPSM
Majlis Pengetua Sekolah Malaysia(MPSM) yang sebelum ini di kenali dengan Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM) merupakan badan induk yang bertanggungjawab merealisasi pelaksanaan pengurusan pendidikan melalui transformasi terkini sepertimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 menjadi negara maju berpendapatan tinggi .MPSM juga memperjuangkan kebajikan guru-guru dan Pengetua sehingga mendapat pertimbangan dan perhatian kerajaan. Mulai tahun 2012 yang lalu semua perjawatan Pengetua terdiri dalam kalangan penjawat Gred DG-52 dan Guru Penolong Kanan DG48, walau pun masih belum disahkan jawatan mereka. Saya yakin dalam tahun ini mereka akan mendapat durian runtuh. Bersabarlah.
Drs.Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut,Kuala Lumpur.
20 April,2013.
No comments:
Post a Comment