SMK Sinar Bintang@STAR menjadi pusat mengundi bagi Parlimen P114 Kepong yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 5 Mei . Pegawai pengurusnya ialah Hj.Ishak Surip ,Pengarah Juru Ukur DBKL.Pengetua dilantik sebagai Penyelia Pusat Mengundi (PPM) bagi mengawalselia saluran-saluran yang ada dibawah pusat pengundian. SMK Sinar Bintang @STAR mempunyai 8 saluran mengundi yang kebanyakan petugasnya dalam kalangan guru-guru dan sebahagian kecil bukan guru.
Pihak sekolah telah mengatur dan menyiapkan saluran-saluran yang dikenalpasti untuk membolehkan pengundian pada hari tersebut. Bilik-bilik yang disediakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan SPR. Penyelia Pusat Mengundi bertanggungjawab memastikan pusat pengundian selamat dan mesra pengundi.PPM perlu melaporkan peratusan pengundian setiap sejam sekali kepada SPR hinggalah tempoh tamat pengundian jam 5 petang. InsyaAllah berkat kerjasama semua anggota proses pengundian di pusat ini berjalan lancar pada hari tersebut.
Bersedia Berkhidmat Untuk Negara.
Penyelia Pusat Pengundi P 114 Kepong
Drs. Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
20 April,2013.
No comments:
Post a Comment