Rabu 10 April,2013 genap setahun saya berada di SMK Sinar Bintang@STAR, sekolah kedua sesudah SMK Danau Kota selama tiga tahun (16 Mac 2009 - 10 April 2012). Memegang jawatan Pengetua memasuki tahun ke 5 berasa begitu cepat berlalu. Sedari awal saya tidak pernah bermimpi mendapat jawatan ini apa lagi melobi,jauh sekali mengejar Gred DG52, tetapi kerana arahan saya akur walau pun begitu lama meninggalkan sekolah. Sebelumnya saya bertugas di Kementerian Pelajaran (Bahagian Sekolah), Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan selama 10 tahun sebagai Pegawai Peperiksaan sebelum menjadi Pengetua.
Membangun Sekolah
Kecemerlangan sekolah menjadi agenda utama mana-mana Pengetua.Sebagai Ketua Jabatan Pengetua memikul tanggungjawab berat memastikan kemajuan dan kecemerlangan sekolah setiap masa.Pengetua perlu melihat struktur organisasinya secara makro dan mikro bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan sebelum melakukan anjakan dan perubahan nilai yang ingin diterapkan dalam kalangan warga sekolahnya.Proses mengadaptasi diri dengan persekitaran kerja yang baru memerlukan kebijaksanaan kerana setiap organisasi mempunyai perbedaan dan budaya tersendiri.Sebarang perubahan yang dilakukan secara mendadak dan drastik menimbulkan keresahan dan kerumitan kepada anggota organisasi.
Perancangan Sekolah
Melalui kerjasama padu dalam kalangan pentadbir dan guru-guru, pengurusan sekolah memperkenalkan PEMBESTARIAN PMR dan SPM sebagai strategi peningkatan akademik .Kita telah melaksanakan berbagai aktiviti seperti Mentor-Mentee dalam kalangan pelajar cemerlang membantu rakan-rakan mereka yang kurang berprestasi dalam mata pelajaran tertentu,program anak ku sayang, klinik Bahasa dan program score A(sekadar beberapa contoh). Hasilnya keputusan PMR 2012, seramai 13 orang mendapat semua A dan dalam SPM pula 12 orang calon mendapat semua A. Peningkatan ketara dalam peratus lulus sebanyak 3.35% merupakan kejayaan SMKSB@STAR berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan pelajar cemerlang SPM meningkat seramai 5 orang . Pihak sekolah telah menetapkan sasaran 60% Akademik, 20% Kokurikulum dan 20% Sahsiah sebagai indikator kecemerlangan sekolah.
Gaya kepimpinan
Pengurusan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berfokus kepada Management by walk,(MBW) Management by objective (MBO),Base on trust, Keseronokan Bekerja, mesra Guru , Mesra Murid sebagai strategi pengurusan dan kepimpinan. Peranan ketua sangat dominan menentukan kejayaan sekolah. Kepercayaan (trustworthy) merupakan unsur penting menjamin kesejahteraan organisasi.Kelemahan dan kepincangan yang berlaku sebahagian besarnya bermula dari gaya kepimpinan ketua. Sikap seorang ketua yang prejudis, mencari kesalahan, berdendam dan kurang prihatin dengan kebajikan anggota boleh merencatkan pembangunan organisasi. Pekerja kurang bermotivasi, sentiasa cemas dan tertekan merupakan ciri-ciri kelemahan organisasi.Konsekuensinya produktiviti merudum.Kepimpinan itu sebenarnya satu seni yang dimiliki seseorang ketua dalam menguatkuasakan peraturan. Dalam lembut tetap tegas.Dalam masa yang sama mempunyai budibicara mengurus sumber manusia.
Persekitaran organisasi
Menjaga dan memelihara persekitaran organisasi kekal hijau dengan tumbuhan-tumbuhan beradun lembut bunga-bungaan menjadi terapi diri menyegarkan minda sebaik saja melangkah ke kawasan sekolah.Naluri manusia sukakan kehijauan yang sejuk, tenang dan damai menjadi resepi kebahagiaan dan kesejahteraan sepanjang berada di sekolah. Justeru kita telah mewarnai iklim organisasi dengan penghijauan dan keceriaan untuk membangkitkan motivasi dalam kalangan pelajar,guru dan pelawat yang berurusan dengan pihak sekolah.Wajah sekolah kini telah berubah semakin gagah, ganteng dan beraura.Penambahbaikan berterusan menjadikan SMKSB@STAR bertambah cerah.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Selasa 9 April,2013.(10.43 malam)
Copyright © 1999 – 2013 Google
Tahniah, Tn Hj Che Yahya. Banyak pembaharuan di SMKSB sejak kehadiran tuan.
ReplyDeleteTerima kasih Yus kerana prihatin dengan SMKSB. Pilih lah artikel yang bersesuaian untuk di bukukan sebagai sejarah perkhidmatan .
ReplyDelete