Sunday, April 21, 2013

Laman Jejak Kemerdekaan

Sekolah telah mengambil pendekatan historis dengan memperkenalkan Laman Jejak Kemerdekaan yang juga mengandungi cetusan minda Pengetua Titisan Darah Perwira bersetentang dengan Bilik Sejarah bagi mengenang kembali gugurnya 10 orang Pahlawan Negara semasa mempertahankan Tanahair di Lahad Datu pada pertengahan Februari lalu.Pencerobohan selama sebulan memusnahkan penempatan penduduk beberapa buah kampung di Semporna dan sekitarnya meninggalkan detik hitam yang kekal dalam ingatan setiap rakyat di negara bertuah ini. Pengorbanan anggota keselamatan dan perwira negara mempertahan kedaulatan Tanahair sungguh mahal yang terpaksa dibayar dengan darah dan nyawa.Kita iringi serangkai Al Fatihah buat mereka yang gugur dan kepada keluarga yang ditinggalkan semoga sentiasa tabah menerima ketentuan Tuhan. Hidup mesti diteruskan walau pun tanpa suami atau bapa tersayang.























Laman Jejak Kemerdekaan SMKSB@STAR 21 4 13
Gambar :Cikgu Ross
 
Belajar dari Sejarah

Kerajaan telah menetapkan setiap pelajar wajib lulus Sejarah. Mata Pelajaran ini menjadi subjek teras kepada pelajar yang akan menduduk peperiksaan PMR dan SPM.Setiap pelajar seharusnya memahami rentetan  sejarah  hinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos,1957.Belajar dari sejarah menjadi bangsa bermaruah.Melalui Laman Jejak Kemerdekaan, pelajar dapat melihat dan mendalami setiap peristiwa yang berlaku sehingga kita dapat mengecapi nikmat kemerdekaan dan hidup rukun damai dalam sebuah negara makmur ,MALAYSIA NEGARA KU .


Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Kuala Lumpur.
Ahad 21 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...