Keselamatan,kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah masyarakat samada di kampung mukim atau Negara menjadi indikator keimanan kepada Allah SWT sebagai manifesatsi pengabdian yang tulus ikhlas setiap hambaNya melaksanakan perintah yang turun dari langit.Tuhan tempat bersujud sekelian makhluk di bumi sentiasa melimpahkan RahmatNYa keatas siapa sahaja yang berusaha memperbaiki diri ,merubah jalan kehidupan menuju destinasi hakiki mencari keredhaan Illahi.Hidup ini bukan hak manusia. Setiap nafas yang turun naik berada dalam ilmu Allah. Manusia tidak mampu mencerna rahsia Tuhan meski pun menguasai pelbagai disiplin ilmu kerana kekuatan manusia sangat terbatas.
Introspeksi kejadian
Setiap hari Jumaat kita membaca surah As Sajadah yang mengisahkan tentang kebenaran wahyu Tuhan. Allah SWT sebagai Pentadbir sekelian Alam menyampaikan mesej yang cukup jelas melalui FirmanNya dalam surah tersebut. Membaca,menghayati dengan tartil melalui tadabbur mendalam setiap pesan Tuhan menimbulkan keinsafan bahawa sesungguhnya kejadian manusia berasal dari titisan mani yang hina(MIMMA IMMAHIIN) yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada wanita menjadi bukti mutlak kekuasan Allah.Banyak sekali ayat-ayat Allah yang bertaburan dalam beberapa surah yang menceritakan asal usul kejadian manusia. Perjalanan hidup kita menuju destinasi abadi di rakam dalam Al Quran sebagai peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba melakukan introspeksi diri.
Rahmat Allah
Manusia mendambakan kesejahteraan dan ketenangan hidup berpanjangan .Orang yang dekat dengan Tuhan memperoleh ketenangan dan kebahagiaan hidup. Rumah tangga penuh kasih sayang, beroleh mawwadah dan warahmah.Rahmat Allah SWT turun bersama kebaikan yang dilakukan oleh penduduk sesebuah kariah yang beriman dan beramal soleh. Para Malaikat menebarkan sayap turut berdoa kepada penduduk yang beriman dan bertaqwa. Anggota masyarakat hidup rukun damai kerana saling memupuk Habluminannas sebagai manifestasi hubungan baik sesama manusia berpaksikan Habluminallah yang menjadi tumpuan semua makhluk sarwa jagat.
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Jumaat 5 April 2013.

No comments:
Post a Comment