Wednesday, April 17, 2013

Intisari Bicara Pengarah

Hari ini ada dua majlis rasmi di Jabatan. Pertama mengenai Hari Professional dan kedua Seminar Integriti. Dalam ucapannnya, Pengarah Pelajaran Encik Abdullah Mad Yunus menegaskan setiap penjawat awam tertakluk kepada Perintah Am Bab D (perkara 4)Setiap pegawai awam tertakluk kepada Tatakelakuan Dan Tatatertib 2002 (PU(A)246) Perkara 4 (1) yang berbunyi : Hendaklah setiap masa menumpahkan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Dalam Perkara 4(2) pula menyebut : Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas rasmi demi kepentingan peribadinya. "

Pegawai awam tidak di benarkan mengeluarkan sebarang kenyataan kepada akhbar atau media elektronik seperti facebook,tweeter,blog mau pun melalui saluran komunikasi lain seperti telefon bimbit yang mengandungi pelbagai kemudahan(networking) terutama mengenai dasar-dasar dan peraturan Kerajaan. Beliau meminta semua Pengetua dan Guru Besar mengingatkan guru-guru dan kakitangan mereka tidak terbabit dalam membincangkan sebarang isu yang boleh menjejaskan kewibawaan kerajaan.


Sistem Pengurusan Sekolah

Pengarah juga menyentuh tentang Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP 2013-2025) terutama dalam anjakan 7 mengenai Sistem Penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia.Sebanyak 22 modul akan diintegrasi dalam Aplikasi Sistem Maklumat Sekolah bertujuan mengumpulkan semua Data dalam satu sistem .Pentadbir sistem dilantik dalam kalangan guru untuk memasukan (key-in) data SPS yang perlu dikemaskini sebelum 13 Mei,2013.Beliau juga memaklumkan perjawatan Juruteknik (J) sedia ada akan digunakan untuk membantu sekolah.Penggunaan VLE frog juga perlu diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) sebagai sarana pendidikan yang bersifat multifungsi untuk mengukuh minda pelajar dalam penguasaan maklumat berasaskan teknologi terkini. Dalam masa yang sama beliau mengingatkan pihak sekolah akur dengan 'Date Line' yang ditetapkan bagi melicinkan pengurusan dan pentadbiran Jabatan.


Seminar Integriti

Seminar integriti diadakan pada sesi petang yang dirasmikan oleh Pengarah. Beliau mengingatkan semua penjawat mengamalkan nilai dan etika dengan baik terutama dalam pengurusan kewangan sekolah yang menjadi amanah dan tanggungjawab pengawal mengurus mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang ditetapkan. Demikian juga dengan pelaksanaan PBS,pengamalan etika,nilai dan amanah menjadi akauntabiliti guru terhadap pelajar.

Pesan Imam Ghazali

Dalam ceramahnya Tuan Haji Saibuddin menyentuh empat  pesan Imam Ghazali iaitu benda yang paling dekat dengan manusia ialah Mati, yang paling jauh ialah Masa lalu.Kemahuan yang paling besar ialah NAFSU dan perkara yang paling berat ialah Memegang Amanah.Pesan Imam ini sangat releven dengan teras nilai bersandarkan Kebenaran, Ketelusan, Kebijaksanaan, Amanah dan Bersyukur yang akan melahirkan nilai-nilai mulia seperti berdisiplin, bekerjasama, komitmen,jujur-ikhlas tolerensi, taat setia dan bertanggungjawab dalam amalan setiap organisasi.

Dapatan Kajian

Mengikut dapatan kajian Institut Integriti Malaysia (IIM) (2010), indikator yang menentukan terjejasnya integriti kerana adanya Pengaduan Awam, Laporan Media dan Aduan BPA/SPRM. Hasil dapatan menunjukan 14.9% berpengalaman memberi rasuah, 13.2% bersedia memberi rasuah, sektor awam 17.9%, sektor swasta 39.1%, orang awam 32.4% dan pelajar 15.0% . Berdasarkan dapatan IIM juga sebanyak 30.5% daripada kalangan pelajar sanggup menerima rasuah jika mereka mempuyai kuasa. 


Integriti Pendidikan

Integriti dalam pendidikan menjadi mauduk penting untuk mengangkat martabat profesyen keguruan. Kegagalan mengurus sumber kewangan dan akuan sekolah dengan baik sudah pasti menjejaskan reputasi Pengetua dan Guru Besar sebagai pegawai pengawal yang berakauntabiliti.Banyak kes membabitkan ketidakaturan berlaku dalam pengurusan kewangan mengakibatkan surcaj dikenakan ke atas penjawat yang bertanggungjawab.Sebagai seorang mudarris,muallim,muaddib,murabbi dan mursyid , menjadi tanggungjawab kita memikul  amanah Tuhan sebaik mungkin untuk kesejahteraan masyarakat,bangsa dan negara.


Drs.Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Rabu 17 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...