Monday, April 1, 2013

Kejohanan Badminton MSSWP Zon Sentul

SMK Sinar Bintang@STAR telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton peringkat Majlis Sukan Sekolah Wilayah Persekutuan (MSSWP) yang berlangsung  pada 18-20 Mac,2013 di Dewan Powerful Kepong yang lalu. SMK Sinar Bintang@STAR telah berjaya menjadi Johan bawah 15 tahun dalam acara perseorangan dan dalam acara beregu bawah 18 tahun, juga menyandang Juara di peringkat Zon .Tahniah kepada pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dan guru-guru yang bertungkus lumus membimbing pelajar sehingga mengharumkan nama sekolah.
 
Acara perseorangan dan Beregu
 
Dalam acara perseorangan, pasukan sekolah diwakili oleh Cheah Chee Feng (Tingkatan 2 Harmoni) menjadi johan, manakala dalam acara beregu pula terdiri daripada Ng Jacline  dan Lee Evon kedua-duanya dari 4 Bestari. Bagi kategoti Lelaki pula (B-18) Lim Khai Seng 4 Intelek dan Wong Zhen Wei 3 Gemilang. Bagi kategori bawah  (L15) ialah Cheah Chee Feng 2 Harmo0ni dan Ng Eng Seong. Pihak sekolah merakamkan setinggi -tinggi penghargaan kepada para pelajar yang membuktikan kemampuan mereka dalam arena Badminton sehingga menjadi JAGUH peringkat Zon. Semoga kejayaan ini akan terus unggul hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.
 
Che' Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Isnin 1 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...