Sehingga ini paip masih kering. Belum ada setitik pun air mengalir. Berusaha mencari air di kaki Bukit membawa tong-tong bekas air zamzam untuk keperluan asas.Seluruh kawasan AU/4 Taman Seri Keramat Tengah, terutama perumahan 'double storey' masih belum mendapat bekalan air yang terputus sejak Khamis , dua hari lalu. Semoga keperitan ini tidak berpanjangan dengan siapnya pembaikan oleh SYABAS.
Paip menitik
Alhamdulillah bekalan air pulih sekitar jam 11 malam.Air mulai naik memenuhi tangki dan paip menitik laju seperti biasa . Saya bangun solat jam 4.30 pagi mendapati air sudah banyak. Bersyukur kepada Allah yang mengembalikan semula nikmat kehidupan setelah diuji untuk beberapa hari. Terima kasih kepada SYABAS yang bertungkus lumus membaiki paip besar yang pecah beberapa hari lalu sehingga menjejaskan hampir setengah juta pengguna di Lembah Kelang.

Che'Yahya Che'Soh
Taman Seri Keramat Tengah.
Sabtu 13 April,2013.
No comments:
Post a Comment