Tuesday, April 2, 2013

Taklimat Program Penandaarasan dan Program Sandaran

Institut Aminuddin Baki (IAB) Sri Layang Genting :

Selasa 2 April,2013 Pengarah IAB Dato' Khairil Awang telah mengadakan perjumpaan bersama  Pengetua dan Guru Besar yang menjadi mentor kepada peserta program Kepengetuaan atau lebih sinonim dengan sebutan NPQEL iaitu "National Professional Qualification for Educational Leaders" di Auditorium Dato' Razali Ismail IAB Sri Layang Genting. Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan menjadi pra syarat kepada penjawat untuk dilantik sebagai Pengetua atau Guru Besar mulai tahun 2014.Bagi kohort pertama dalam tahun ini seramai 500 peserta telah mengikuti kursus tersebut yang kebanyakannnya dalam kalangan Penolong Kanan Tadbir Akademik dan Guru Kanan yang mendaftar secara on line dengan IAB. Penolong Kanan saya Pn. Hanipah Endut telah terbabit dalam kursus ini dan sekarang sedang melakukan penandaarasan di SMK ST MARY  selama dua minggu mulai 1 hingga 12 April depan.Setiap peserta dibayar elaun sebanyak RM25.00 sehari.



Tempoh pengajian

Tempoh pengajian selama 5 bulan iaitu bersemuka 6 minggu dan e-pembelajaran 14 minggu. Program ini terbagi kepada 3 fasa . Fasa I bersemuka 3 minggu di IAB,e-pembelajaran 6 minggu,di sekolah 2 minggu, penandaarasan 2 minggu dan di sekolah/pejabat sendiri 2 minggu. Dalam fasa II bersemuka 2 minggu di IAB, e-pembelajaran dan sandaran 8 minggu, manakala dalam Fasa III pula ialah bersemuka 1 minggu di IAB merangkumi ujian fasa 2,Serahan Portfolio,Ujian Kecergasan dan Modul Kaunseling (Sumber:NPQEL Pusat Kepimpinan dan Komunikasi Pendidikan IAB  ).


Ucapan Pengarah




Yg.Bhg. Dato' Khairil Awang
Pengarah IAB


Dalam ucapannya Pengarah IAB Dato' Khairil Awang memaklumkan bahawa program NPQEL adalah wajib kepada semua peserta  sebelum dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar . Mereka akan di anugerahkan  Diploma sebagai syarat kelayakan sepertimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP 2013-2025). Beliau mengingatkan semua Pengetua, Guru Besar dan Pegawai-pegawai yang hadir sentiasa menjadikan Programme for International Student Assessment (PISA )dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) sebagai indikator pencapaian sekolah-sekolah kita berbanding dengan negara-negara lain di dunia. Justeru IAB telah melakukan  paradigma dengan mewajibkan NPQEL sebagai sarana yang paling menunjang untuk memastikan anjakan 5 dalam PPP iaitu Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi ditempatkan di Setiap Sekolah menjadi realiti bagi melahirkan modal insan berkualiti. Program NPQEL sangat bermanfaat kepada calon Pengetua dan Guru Besar kerana pengisian modulnya sangat akurat,mantap dan praktikal untuk pengurusan  sekolah sebagai sebuah organisasi yang sangat rencam dan kompleks.

Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Selasa 2 April,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...