Saturday, August 31, 2013

Usia Dini Sudah Mandiri

Semasa kami berada di Bandung dan Jakarta November,2012 tahun lalu, saya sempat menyaksikan kehidupan kanak-anak se usia dini sudah pandai berdikari atau dalam istilah Indonesia di sebut mandiri. Mereka menjadi pengamen (penyanyi jalanan) mencari rezeki di sekitar Kota Bandung dan Jakarta yang padat dengan penduduk.Kanak-kanak se usia sekolah ini menjalankan aktviti rutin menghiburkan pengunjung restoran dan di pojok-pojok kedai berbekalkan peralatan muzik ringkas yang di buat sendiri sambil mengalunkan lagu-lagu dengan baik dan menghiburkan.Dalam usia yang terlalu muda mereka tidak mengharapkan bantuan orang,pandai mencari rezeki walau pun pekerjaan tersebut di pandang rendah oleh sesetengah masyarakat. Saya melihat dari perspektif positif , daripada mengemis atau mencuri lebih baik menjadi pengamen,sekurang-kurangnya mereka berusaha mencari rezeki halal bagi menampung kehidupan di kota besar yang serba wang walau pun usia masih dini. Melihat kepada ketabahan mereka menekuni pekerjaan membuatkan saya terfikir nasib anak-anak  ini bagaimana mereka bersekolah,rupanya mereka pandai membagi waktu sebelah pagi meneruskan pelajaran manakala pada sesi petang bermandiri mencari rezeki.

Kreativiti tinggi

Sepanjang kami berwisata ke sana tidak terlihat bahan-bahan terpakai yang di longgokan di tepi-tepi jalan. Semuanya berguna bagi mereka menghasilkan produk kitar semula yang bermanfaat untuk mendapatkan pulangan wang. Daya kreativiti mereka tinggi merekacipta berbagai kraf tangan untuk menghasil dan menambah pendapatan keluarga.Berbagai bentuk cenderamata yang di hasilkan secara 'hand made' kelihatan kemas dan cantik. Semangat seperti ini seharusnya menjadi contoh kepada kita untuk menjadi bangsa yang rajin dan berdaya rekacipta.Kesusahan hidup yang terpaksa di tempoh mendorong manusia berfikir kreatif memajukan diri untuk kelangsungan 'survival'  kehidupan yang penuh dengan persaingan  mewarnai kehidupan kota Jakarta dan Bandung saban hari. 


Refleksi perjalanan.
Che'Yahya Che'Soh
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...