Sunday, August 4, 2013

AURA RAMADHAN

Bulan Ramadhan membawa keberkatan. Surau dan Masjid penuh dengan jemaah hingga ke saat-saat akhir. Jemaah tak berdegih datang bertarawih dan berqiamulail hingga hampir menjelang subuh. Kutipan derma dan sumbangan meningkat setiap malam. Surau Al Falah AU 4 tidak kurang meriah dengan jemaah dan pengisian ilmu oleh para penceramah.Jemaah begitu pemurah menderma dan menyumbang kepada para Ustaz yang membawa pesan dakwah baik dari dalam dan luar negara. Pada malam Jumaat lepas, tetamu jemputan dari Gaza Palestine mengimami solat terawih dan kutipan derma terkumpul sebanyak RM4,000.00 . Hari ini pula penceramah dari Acheh menyampaikan tazkirah. Para jemaah berlumba-lumba menyalurkan wang untuk anak-anak yatim Tsunami. Kutipan yang di perolehi sebanyak RM1200.00. Pihak surau juga menyampaikan saguhati kepada Imam Tarawih dari Thailand sebanyak RM8,000.00 untuk dua orang dan RM2000.00 untuk pembantu Imam.


 
 Surau  Al Falah AU 4
Sumber gambar: internet

 










Imam Surau Al Falah

Aura Ramadhan 

Sesungguhnya kedatangan Ramadhan membawa keberkatan kepada manusia terutama mereka yang beriman kepada Allah swt sesuai dengan anjuran Al Quran supaya menjadi orang bertaqwa.Aura Ramadhan penuh makmur dan bercahaya dengan kehadiran jemaah memenuhi rumah Allah setiap waktu terutama dari Isyak hingga selesai terawih dan solat subuh juga lebih empat saf setiap hari.Semoga Allah memberkati penduduk sesebuah mukim dengan ketenangan dan sakinah yang berpanjangan walau pun Ramadhan hampir meninggalkan kita.Setiap amal soleh tidak akan terputus selagi manusia tetap istiqamah melakukan transformasi diri berpegang kepada pesan Nabi saw, hari ini lebih baik dari semalam. 


Walahu'allam
Che'Yahya Che'Soh
Imam Surau Al Falah
AU 4 Keramat .


No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...