Friday, August 23, 2013

Karnival Sains Teknologi Peringkat Negeri

Hari ini  Sabtu 24 Ogos 2013 SMK SINAR BINTANG@STAR menjadi tuan rumah karnival Sains dan Teknologi peringkat negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 53 buah sekolah menyertai pertandingan dalam berbagai kategori seperti Saintis Muda, Solar Boat, Solar Car dan Effisiensi Energy Cooking. Pertandingan akan bermula jam 8.30 pagi bagi semua kategori. Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Tuan Abdullah Mad Yunus di jadual merasmikan majlis pada jam 12.30 tengah hari. Seramai 380  pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur bersama guru pengiring 133 orang menghadiri karnival ini.














Tuan Abdullah Mad Yunus
Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 

Tujuan Karnival

Karnival Sains dan Teknologi bertujuan menyemai, memupuk daya kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar mengguna daya cipta menghasilkan produk-produk berunsurkan terma surya disamping menyemai rasa tanggungjawab penggunaan tenaga secara berhemah, cekap dan bertanggungjawab.Pendidikan ialah sarana yang paling menunjang untuk membentuk modal insan berilmu pengetahuan, berkemahiran dan kompeten dalam hidup.Pembangunan teknologi yang bergerak pantas saban hari menghasilkan penemuan dan ciptaan baharu menjadi cabaran kepada manusia khususnya dalam dunia pendidikan.Daya nalar manusia sentiasa berfikir konstruktif selari dengan perkembangan Ilmu Pengetahuan dan Teknologi (IPTEK) dalam setiap bidang kehidupan.

 
 Pemenang karnival Sains dan Teknologi
 bergambar bersama Pengarah Pelajaran(tengah)
Gambar:Ehsan WNAZMI



Peserta yang memenangi pertandingan Karnival


Teruja melihat sekolah

Pengarah berbisik kepada saya beliau teruja melihat persekitaran sekolah yang kondusif,bersih dan kemas.Timbalan pengarah Hajah Nik Ramas Nik Wan pun berkali-kali mengucapkan tahniah memuji kecantikan sekolah yang kelihatan beraura, kemas dan sejuk dengan pokok-pokok menghijau dan warna warni bunga-bungaan. Beliau mengatakan SMKSB sudah banyak mengalami transformasi berbanding sebelumnya. Alhamdulillah kita panjatkan syukur dan pujian hanya kepada Allah swt yang sememangnya layak untuk di berikan pujian. Semoga Allah swt memberikan kekuatan untuk memimpin sebuah organisasi dengan sabar untuk menjana modal insan berwibawa.
















Guru :Yus Aida, Hean Sean dan Pn Noran
memberikan pos istimewa mereka.

Majlis selesai pada jam 1.30 tengah hari. Tetamu kehormat di bawa menikmati jamuan makan di Dewan Gemilang.Terima kasih .


Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 24 Ogos,2013.





No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...