Thursday, August 22, 2013

Selepas Mesir Syria Pula

Selepas bumi Mesir bersimbah darah sehingga mengambil korban ribuan orang beberapa hari lalu,kini dunia di gegarkan pula dengan pembunuhan beramai-ramai di Syria.Konflik yang tidak pernah padam ini terus menghantui umat manusia sehingga mengorbankan ribuan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa akibat kerakusan tentera menembak dengan senjata kimia.Dunia masih menyepi tanpa sebarang tindakan untuk menyelesaikan krisis  yang berlaku di Syria.. Sungguh menyentap hati dan jantung melihat mayat kanak-kanak bergelimpangan menjadi korban kekejaman tentera. Mengapa begitu kejam sekali manusia mutakhir ini? Di mana nilai kemanusiaan mereka sehingga tergamak menghalakan muncung senapang kepada orang-orang yang lemah dan tidak berdaya ?Setiap peristiwa yangberlaku menjadi sejarah dunia yang sungguh memilukan.













kedudukan negara-negara Arab
sumber:dakwatuna.com

Sengketa berpanjangan

Dunia Islam sedang menuju zaman kegelapan (Dzulumat). Selepas Mesir diganyang habis-habisan kini Syria pula menjadi taruhan. Kanak-kanak dan orang dewasa yang terkorban menjadi saksi keberantakan nilai yang sangat rapuh dalam kalangan penguasa yang mempertahankan regim pemerintahan di Syria. Sengketa berpanjangan pastinya mengundang banyak korban terutama dalam kalangan rakyat yang lemah dan tidak berdaya. Kurun ke 21 menyaksikan tumbangnya  pemerintahan Iraq yang cukup kuat dan di geruni barat sehingga presiden Saddam Hussein di hukum gantung sampai mati di ikuti oleh Pemerintah Libya Muamar Gadaffi yang terbunuh di tangan rakyat sendiri.Dua peristiwa penting ini menjadi lipatan sejarah yang sungguh tragis dalam kalangan umat manusia dalam era moden hari ini.

Iktibar dari  sejarah.
Che Yahya Che Soh
Kuala lumpur.
Jumaat 23 Ogos,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...