Saturday, August 10, 2013

Barcelona tewaskan Harimau Malaya 3-1
SHAH ALAM: Barcelona FC menewaskan Malaysia XI 3-1 dalam perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah Asia 2013/2014 di Stadium Shah Alam, di sini, sebentar tadi.

Perlawanan dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Harimau Malaya hasil rembatan kencang Amri Yahya pada minit ke-17.

Namun kegembiraan anak buah Rajagobal tidak bertahan lama apabila Barcelona menyumbat gol penyamaan menerusi tandukan Cesc Fabregas pada minit ke-31 dan jaringan Neymar Jr minit ke-43.

Ia disusuli jaringan mudah oleh Gerard Pique pada minit ke-75.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan ’Los Blaugrana’ memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lalu.

Barcelona menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang bagi menghadapi musim baru Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula pada 17 Ogos. 
Berita Harian Online
Sabtu 10 Ogos,2013.

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...