Thursday, August 29, 2013

Sujud Sajadah Setiap Fajar Jumaat

"
Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."

Sumber :tazkirah.peringatan.blogspot.com

Setiap pagi Jumaat Imam akan membaca Surah Sajdah dan di akhiri pada rakaat kedua dengan Surah AR Dhar (Insan). Kedua-dua surah ini mengandungi pengertian yang sungguh besar kepada manusia yang cuba memahami dan menghayati setiap peristiwa yang berlaku. Al Qur'an bukan milik Nabi saw tetapi hak mutlak Allah swt yang di tanzil (turun) kepada manusia memberi khabar gembira, suka,duka, ancaman dan kematian yang mesti di tempoh setiap makhluk bernyawa.Manusia akan di kembalikan kepada Tuhan bila tiba waktu yang di janjikan.

Al Qur'an dan Manusia

Allah swt mentanzilkan Al Qur'an dari lauh mahfuz ke langit dunia secara berperingkat melalui perantaraan Jibril As untuk di sampaikan kepada Nabi saw. Peristiwa Gua Hira' merupakan titik tolak perjalanan sirah Nabi saw menyampaikan risalah mentauhidkan Allah swt bermula di bumi Mekah Al Mukarramah yang penuh bersejarah.Islam tersebar ke seluruh jazirah tanah Arab dan seantero bumi  hingga lah kepada kita yang hidup masa kini.Al Qur'an dan manusia tidak mungkin di pisahkan kerana tujuan Allah swt menyampaikan mesejnya untuk memberi peringatan kepada mereka hakikat kehidupan sebenar di lalui setiap orang semasa hidup di dunia.Perbuatan yang baik sudah pasti akan menerima ganjaran walau pun sebesar zarrah,demikian juga sebaliknya setiap kemungkaran berlaku tidak terlepas dari pemantauan Tuhan.

Mengapa sujud

Membaca dan menghayati Al Qur'an memberikan ketenangan jiwa kepada setiap pembaca. Jiwa dan hati menjadi tenang kerana terhindar dari bisikan syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara keji sehingga manusia mengalami tekanan (stres) kerana jauh dari peringatan Tuhan. Bagi melawan penyakit tekanan ini ialah baca Al Qur'an. Banyak membaca, menghayati,mentadabbur dan mengaplikasi setiap pesan Tuhan akan mengembalikan fungsi kemanusiaan yang sebaik-baiknya. Allah swt mengajar manusia supaya berlindung denganNya setiap masa dari godaan syaitan yang setiap saat membisikan kejahatan dalam diri.Justeru memperbanyakan sujud boleh memberikan terapi  kepada diri manusia. Dalam Al Qur'an terdapat 16 tempat yang di sunatkan kita bersujud bila membacanya antara dalam Surah As Sajdah, Surah Al Hajj dan surah lain yang berkaitan(lihat Al Qur'an).

 
 Sumber:gempak.org


Wallahu'allam
Che'Yahya Che'Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur.
Sabtu 31 Ogos,2013. 

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...