Thursday, August 15, 2013

Pembangunan Pendidikan Di sekolah- Realiti Semakan

Pembangunan pendidikan yang mapan menjadi indikator kemajuan negara. Pencapaian pelajar dalam bidang akademik,kokurilum dan sukan turut mewarnai kebitaraan sesebuah sekolah. Di negara ini terdapat berbagai jenis sekolah yang di kelompokan berdasarkan pencapaian dan standardisasi yang di tentukan Kementerian.Sekolah-sekolah elit menjadi idaman ibu bapa ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Kluster,Sekolah Menengah Agama dan sekolah-sekolah menengah kebangsaan yang 'branded' dan 'established' seperti SMK Victoria, SMK Aminudin Baki, SMK Convent Bukit Nenas dan sekolah sekolah ternama yang lain di seluruh negara.Pilihan Ibu bapa kerana berasaskan kecemerlangan dalam peperiksaan SPM,STPM dan PMR setiap tahun.Seharusnya penilaian masyarakat terhadap sesebuah institusi pendidikan bukan tertumpu kepada jenama dan kemasyhuran semata-mata kerana sistem pendidikan kita menggunakan kurikulum yang sama dan guru-guru  berkelayakan di setiap sekolah seluruh negara.Saya berpengalaman mengajar di VI selama enam tahun sebelum berpindah ke Kementerian Pelajaran pada tahun 1995 sangat memahami budaya dan kehidupan pelajar di sekolah tersebut.

Faktor kecemerlangan 

Banyak faktor yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Peranan Kepala sekolah sebagai personel yang bertanggungjawab membangun atau merencatkan perkembangan pendidikan menjadi kayu ukur kekuatan organisasi.Pengetua di bantu oleh Penolong-penolong kanan dan guru-guru mencari pendekatan terbaik untuk meningkatkan pencapaian sekolah. Sebagai pemimpin instruksional Pengetua bertanggungjawab memastikan pencapaian pelajar sentiasa cemerlang dan berkualiti.Melahirkan pelajar cemerlang dan bermutu menjadi tanggungjawab guru-guru yang melaksanakan masa instruksional dengan berkesan kerana proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) merupakan sasaran kerja utama setiap orang guru.Kepala Pengetua sentiasa 'mutarligat' berfikir berbagai perkara mengenai sekolah. Infrastruktur yang kurang selamat, longkang,pili air, bilik darjah yang di makan anai-anai hingga kepada Jaga Sekolah yang selalu bermasalah menjadi tangungjawab yang perlu di selesaikan dengan tuntas.Inilah realiti semakan yang berlaku di kebanyakan sekolah terutama sekitar  kuala Lumpur.Dengan peruntukan kewangan terbatas Pengetua perlu bijak mencari alternatif  untuk mengelak berlakunya risiko yang mengancam keselamatan pelajar dan seluruh warga sekolah.Jika Pengetua tidur guru berdengkur, murid kabur akhirnya  pengurusan sekolah hancur lebur.

Dilema guru

Dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan tenaga dan pengorbanan guru merupakan faktor dominan yang menentukan kejayaan pelajar. Guru-guru yang prihatin,bertanggungjawab dan mementingkan disiplin pembelajaran mampu merubah persepsi pelajar dari seorang yang tidak berminat menjadi seronok untuk meneroka ilmu pengetahuan.Kewibawaan guru menentukan minat pelajar. Dewasa ini ramai guru-guru muda yang kurang berpengalaman di tempatkan di sekolah-sekolah menengah seluruh negara. Saya mencadangkan mereka di beri kursus intensif selama 1 bulan penuh mengenai tatacara dan etika perguruan sebelum di tempatkan mengajar. Pengurusan sekolah menghadapi kekangan mengurus  guru-guru yang kerap mengambil cuti sakit ,cuti bersalin (di benarkan) cuti rehat khas (CRK) dan cuti tanpa gaji. Realiti yang berlaku di sekolah setiap hari tidak pernah penuh dengan kehadiran guru menyebabkan tergendalanya masa instruksional. Selain itu tenaga guru di gunakan 10 peratus untuk kerja-kerja Jabatan Pelajaran dan PPW menyebabkan masa guru di habiskan untuk tugas yang tidak relevan dengan SKT  mereka. Kebanyakan guru-guru  di lihat kurang berkemampuan mengawal disiplin pelajar dan kurang cakna dengan tugas , tidak proaktif  bekerja semata-mata mengikut arahan yang ditetapkan.Bekerja hanya semata-mata kerana keperluan bukannya minat boleh merencatkan pembangunan pendidikan anak bangsa.

Murid tidak menguasai Bahasa

Setiap hari guru berdepan dengan berbagai ragam perangai dan tingkahlaku pelajar terutama bagi mereka yang berada di kelas hujung yang tidak berminat untuk belajar. Mereka suka tidur dalam kelas dan tidak ada kesedaran untuk merubah diri.Bila di tanya guru jawabannya Saya tak faham maa .Saya tak minat belaja maa .Saya keleja malam maa.Ibu bapa pula seolah-olah mahu melepaskan tanggungjawab menyerahkan anak-anak mereka kepada guru-guru.Inilah masalah yang dihadapi oleh  pihak sekolah sehingga guru-guru terpaksa pergi ke rumah pelajar untuk meminta mereka menyiapkan kerja kursus.Sungguh mulia sekali hati budi guru untuk melihat kejayaan pelajarnya walau pun jarang di hargai masyarakat.Mengikut perangkaan yang di perolehi semasa Bengkel peningkatan Prestasi sekolah Peringkat Pejabat Pelajaran  Wilayah Sentul (PPWS) baru-baru ini seramai 40 peratus dalam kalangan pelajar yang tidak boleh menguasai  Bahasa Melayu dengan baik.Inilah salah satu diantara punca mengapa pelajar ramai ponteng sekolah.Kita telah melaksanakan berbagai kaedah dan strategi menangani kekangan yang dihadapi dengan memperkenalkan kaedah pelajar ku anak ku. Setiap sepuluh orang pelajar yang benar-benar tidak menguasai BM di latih oleh setiap  guru secara intensif. Mereka juga di bimbing kaedah menjawab soalan dengan betul.Pelajar kelas hujung memang sukar memahami Bahasa Melayu apa lagi untuk mengarang dan menulis esei yang panjang, namun guru-guru tidak pernah kecewa mengajar dan mendidik mereka dengan harapan selama lima tahun mereka berada di sekolah bila keluar nanti sekurang-kurangnya mendapat sekeping sijil SPM. Begitu mulia hati para guru yang tidak ingin melihat anak didik mereka kecundang dalam pendidikan untuk membina masa depan yang lebih sejahtera.

Pengetua SMK Sinar Bintang
Segambut, Kuala Lumpur.
Jumaat 16 Ogos,2013.



No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...