Kuman ialah sejenis virus yang membawa penyakit kepada manusia. Udara kotor menjadi punca jangkitan kuman yang memudahkan pembiakan bakteria secara aktif. Makanan dan minuman yang terdedah menyumbang kepada berbagai simpton penyakit seperti batuk,selsema(flu),cirit birit dan muntah akibat keracunan.Demikian sepintas gambaran penyebaran wabak penyakit secara fizikal kerana kecuaian dan kelalaian manusia yang kurang prihatin dengan kesihatan diri.Pagi ini saya cuba menyelami kaitan antara kuman dan kudis yang memberikan impak negatif kepada kesejahteraan hidup manusia.
Kuman dan kudis
Kuman yang saya maksud ialah singkatan daripada kurang iman (kuman) dan kudis pula ( kurang disiplin ) dalam kalangan umat Islam mengaplikasi ajaran Tuhan .Pengajian di Surau Al Falah AU 4 oleh Ustaz Muda Husam dari Kedah sesudah Subuh pagi tadi, mengupas tentang lemahnya iman dalam kalangan masyarakat Islam akhir-akhir ini.Ramai umat Islam tidak melaksanakan puasa enam (walau pun Sunat) sedangkan amalan tersebut sangat besar fadhilatnya di sisi Tuhan bersandarkan sabda Nabi saw "Barang siapa yang berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan kemudian di ikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal seolah-olah ia berpuasa selama setahun." Meneruskan kerja-kerja ibadah dengan konsisten boleh menguatkan iman untuk mengangkat martabat umat Islam seperti mana di amalkan oleh Nabi saw , sahabat Baginda dan orang-orang soleh terdahulu.Kurangnya disiplin (kudis) dalam pengamalan menyebabkan manusia di timpa berbagai penyakit seperti depresi berpanjangan,putus harap dan kekosongan jiwa dari sinaran nur Tuhan.Justeru menghadirkan diri mendengar pesanan yang di sampaikan oleh para ilmuan bukan sekadar menjadi halwa telinga semata-mata, tetapi lebih penting menghayati setiap isi kandungan untuk membuat "self assessment" melakukan transformasi dalam beramal menjadi Muslim sejati.
Wallahua'lam
Sorotan pagi
Che'Yahya Che'Soh
Ahad 1 September,2013.
No comments:
Post a Comment