Pepatah Cina mengatakan Ikan mula busuk dari kepala.Orang tua-tua berpesan jangan makan kepala ikan kerana boleh melembabkan fikiran. Mungkin ada benarnya pesanan ini walau pun tidak di sokong dengan fakta dan data yang akurat.Orang sekarang bebas pantang larang asalkan kena selera dan sedap di makan semuanya boleh.Restoran kari kepala ikan menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan masakan berempah dan pedas. Sebenarnya bukan tujuan saya menceritakan keenakan sajian kepala ikan tetapi berasa terpanggil untuk mendalami maksud pepatah yang cukup masyhur dalam kalangan masyarakat Cina yang mengumpamakan kebobrokan sesebuah organisasi bermula daripada kepimpinan seseorang ketua bukannya pengikut.
Pepatah Melayu
Pepatah yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Melayu pula mengumpamakan dengan " Jika guru kencing berdiri, murid kencing berlari". Maksudnya perbuatan seseorang guru itu menjadi ikutan murid. Mereka memerhati tingkahlaku dan kepribadian guru setiap hari.Pelajar juga mampu menilai kesungguhan dan komitmen guru semasa di bilik darjah. Begitu juga dengan kepimpinan dalam sesebuah masyarakat dan negara semuanya bermula dari pemimpin.Kesultanan Melayu Melaka menjadi simbol kepimpinan bila mana Parameswara memeluk Islam dan menukarkan namanya dengan Megat Iskandar Shah pada tahun 1414, pengikutnya berbondong-bondong mengikut beliau menyatakan keislaman mereka.Demikian hebatnya pengaruh kepimpinan dalam menentukan watak pengikut yang perlu di teladani oleh setiap ketua.
Kepimpinan contoh
Kepimpinan ialah amanah.Tidak semua orang sanggup memikul amanah kerana bebanan dan risiko yang di tanggung bukan sahaja setakat di dunia tetapi berlanjutan hingga ke alam kubur, mahsyar dan berdepan dengan Mahkamah Tuhan Rabbul Jalil untuk mempertanggungjawabkan setiap perbuatan semasa hidup.Mempelopori nilai-nilai kebaikan dalam memimpin seperti jujur,integriti (taqwa), bersih, akauntabiliti ,ikhlas dan semata-mata mencari redha Allah dapat menyelamatkan manusia dari terjebak dengan unsur-unsur kemungkaran dan kefasadan yang boleh mematikan hati.Apabila hati telah mati manusia mudah terpengaruh dengan perbuatan keji kerana jauh dari nur Ilahi. Kepimpinan contoh dalam membudaya etika kerja berlandaskan pesan Tuhan menjadi prinsip seorang ketua yang beriman. Paradigma tauhid yang menunjang dalam diri menjadi benteng mencegah salah guna kuasa,penyelewengan dan ketirisan pengurusan dana awam.
Peranan pemimpin

Memang benar peranan seseorang pemimpin sangat mempengaruhi persekitaran organisasi atau kesejahteraan sesebuah masyarakat dan negara kerana mereka mempunyai autoriti dan kata pemutus terhadap sesuatu keputusan.Pemimpin yang berkarisma mempunyai aura membangun legasi kerana ucapannya menjadi pegangan dan ikutan majoriti pengikutnya.Pemimpin berkarisma melihat seluruh organisasi sebagai sebuah kapal yang sedang belayar di tengah lautan.Nakhodanya sentiasa berfokus kepada kompas supaya kapal tetap berada pada jalur yang betul sehingga sampai ke destinasi yang di tuju.
Ikan busuk dari kepala
Pemimpin sejati sentiasa mencari ruang dan peluang menambahbaik organisasi, bersikap profesional dengan orang bawahan,tidak bersandiwara berpura-pura senyum di depan tetapi kemudiannya menikam belakang.Pemimpin berintegriti mengamalkan konsep blue ocean strategy untuk kesejahteraan pengikut bertujuan meningkatkan produktiviti secara optima.Justeru kepimpinan bukan sesuatu yang di pandang enteng, tersalah memilih akan merugikan organisasi dan pengikut.Pepatah Ikan mula busuk dari kepala merupakan perumpamaan yang sangat bertepatan untuk menggambarkan sikap dan prilaku seseorang pemimpin yang tidak beramanah.Analogi mudah jika seseorang Pengetua tidak beramanah,organisasi sekolahnya tidak terurus dengan berhemah sehingga merugikan pelajar,ibu bapa , masyarakat dan umah.
Wallahua'lam
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut Kuala Lumpur.
Sabtu 31 Ogos,2013.
Ikan Busuk Dari Kepala.
No comments:
Post a Comment