Wednesday, August 7, 2013

Ziarah Sahabat di HKL

Saya mendapat tahu petang semalam melalui Sdra Azrul Hisyam Ab Rani Pegawai Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP), En Che Husain Che Pa di masukan ke CCU HKL kerana komplikasi jantung.Beliau merupakan mantan KPT(Kanan) saya semasa berkhidmat di Sektor Penilaian Peperiksaan selama 9 tahun  sebelum dinaikan pangkat ke Gred N 26 dan di tempatkan di SJKC Jinjang Kuala Lumpur.Beliau dimasukan ke wad pada hari Isnin kerana tidak sedarkan diri. Tengah hari tadi saya menyempatkan diri menziarahinya tetapi telah di pindahkan ke wad pemulihan jantung di tingkat 5. Alhamdulillah beliau beransur pulih dan nampak ceria .Saya meluangkan masa hampir satu jam bersama beliau  berbual mesra mengenai pengalaman dan kisah-kisah lampau semasa bersama di Unit Penilaian Peperiksaan.Semoga Allah memberikan kekuatan kepadanya menghadapi ujian dan tabah dengan ketentuan Illahi.

Che Yahya Che Soh
Pengetua SMKSB@STAR
Segambut, Kuala Lumpur
Rabu 7 Ogos,2013.
Mantan KPP Penilaian Peperiksaan 2001-2009

No comments:

Post a Comment

Menjana kekuatan organisasi

Organisasi merupakan wadah penyatuan umat yang di asaskan untuk mencapai sesuatu matlamat. Berbagai bentuk organisasi mempunyai tujuan berm...