Jalan 'Ikan sardin'
KOTA BHARU - Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan- jalan
utama memasuki Kelantan khususnya yang menghala ke Kota Bharu mula
dibanjiri kenderaan perantauan.
Aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan bergerak perlahan.
Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.
Paling teruk, bandar Kota Bharu sudah menjadi “ikan sardin” dan menjadi trauma kepada mereka yang ingin masuk di bandar khususnya untuk membuat persiapan raya.
Bagi mereka yang menggunakan kenderaan untuk beraya, sudah pasti mereka terpaksa memikir panjang kerana tempoh perjalanan yang lama sekali gus merencatkan mood raya.
Masalah kesesakan jalan raya di negeri ini bagaikan tiada berkesudahan apabila isu ini semakin hari dilihat bagai melepaskan batuk di tangga oleh sesetengah pihak.
Mengikut analisis, setiap tahun, lebih 60,000 buah kenderaan akan memasuki negeri ini terutamanya di musim perayaan seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina tersebut malah angka ini menunjukkan peningkatan saban tahun.
Analisis yang dijalankan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2011-2012 menunjukkan jumlah kematian di Malaysia meningkat 0.6 peratus manakala jumlah kemalangan pula meningkat kepada 3 peratus.

Pada tahun yang sama juga sebanyak 460,000 kes kemalangan dicatatkan di
Malaysia, adakah angka ini belum cukup menggerunkan kita semua tentang
bagaimana cara untuk mengurangkan jumlah tersebut.
Januari hingga Mei 2012-2013 menyaksikan Kelantan mencatat indeks kemalangan maut sebanyak 5.62 peratus dan peningkatan jumlah kematian sebanyak 2.5 peratus serta kemalangan 4.2 peratus.
Malah daerah Kota Bharu merupakan daerah kematian tertinggi melibatkan jumlah keseluruhan 392 kes pada tahun lalu dengan purata kematian sehari adalah sebanyak 19 orang.
Dalam kesibukan rakyat memperjudikan masa mereka di jalan raya, kerajaan negeri dilihat cuba menyelesaikan hal ini namun menjadi persoalan adakah pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer itu mampu dilaksanakan.
Projek bernilai RM3 bilion yang sebelum ini ditunjangi oleh bekas exco Datuk Husam Musa seakan hilang punca ekoran beberapa masalah yang berbangkit.

Sudah tentu ia bukan sesuatu yang mudah bagi Kerajaan Negeri
memandangkan sumber kewangan yang terhad apalagi Husam yang menjadi
penggerak utama projek ini sudah lagi tiada dalam pentadbiran negeri.
Di sebalik kekurangan itu, para pembesar negeri juga tidak harus hanya pandai menggunakan petak ceramah untuk melepaskan tangan kepada kerajaan pusat, sebaliknya mereka juga harus berikhtiar memandangkan Pas telah pun menerajui Kelantan lebih 20 tahun.
Masa 20 tahun sudah cukup untuk pentadbiran Kerajaan Negeri mempunyai perancangan jangka panjang dan pendek mahupun pelan kecemasan sekiranya projek di bawah pusat tidak dilaksanakan.
Sementara, bagi Kerajaan Pusat, mereka seharusnya melupakan politik seketika bagi membantu rakyat Kelantan yang begitu terdesak untuk mendapatkan kemudahan lebuh raya pertama negeri.
Jalan raya bukan soal politik yang boleh ditarik tolak oleh mana-mana pemimpin. Kesengsaraan ini harus ditanggung oleh semua peringkat rakyat, penghulu, ketua kampung, exco, menteri, Menteri Besar mahupun Perdana Menteri.
Jadikan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu ini sebagai inisiatif pertama bagi menyokong semangat federal yang kelihatan tergugat dengan mainan politik pihak-pihak tertentu.
Jika perkara ini tidak difikirkan, bayangkan apa akan jadi 20 tahun akan datang?. Ditambah dengan sistem pengangkutan awam yang teruk, Kelantan bakal menjadi ‘Darul Jem’
Kerajaan pusat perlu ambil serius
Kerajaan negeri berharap agar Kerajaan Pusat akan mengambil serius isu pembinaan lebuh raya di negeri ini bagi membantu mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya menjelang musim perayaan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, langkah tersebut penting untuk membantu mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan puluhan ribu kenderaan yang memasuki negeri ini.
“Kita sudah bersetuju untuk melaksanakan pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer dan kerajaan pusat pula telah bersetuju untuk membina Lebuh Raya Pasir Hor- Kadok sepanjang 7.8 kilometer.

“Kerajaan pusat perlu mempercepatkan pembinaan tersebut bagi mengatasi
masalah kesesakan jalan raya kerana semakin hari jumlah kenderaan
semakin bertambah terutamanya di musim perayaan, maka masalah ini harus
diselesaikan secepat mungkin,” katanya
Menurutnya, kerajaan negeri mengambil tanggungjawab terbabit memandangkan kerajaan pusat didakwa mengetepikan projek berkenaan sejak 1986 iaitu Rancangan Malaysia Ke-5.
Beliau berkata, sehingga kini, lebih RM2 juta disumbangkan pelbagai pihak bagi mengisi dana Lebuh Raya Rakyat dan kerajaan negeri menyasarkan dana dapat dikumpulkan sehingga RM50 juta.
“Projek berkenaan sudah dimulakan di Hutan Simpan Hulu Sat, Bukit Bakar bagi fasa pertama dan akan disambung sehingga ke Kampung Dusun Damar, Kuala Krai sejauh 29 kilometer dan skop pembinaan jalan dua lorong itu juga boleh di naik taraf kepada empat lorong pada masa akan datang.
Hanifa juga berkata, kerajaan pusat melalui Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bersetuju untuk bekerjasama melaksanakan projek berkenaan, di mana tender pakej 1 Kota Bharu-Kadok sudah dikeluarkan dan akan menggunakan jajaran yang sama dengan pelan awal Lebuh Raya Rakyat yang dirancang kerajaan negeri.
“Buat masa sekarang ini saya amat berharap anak-anak perantau memandu dengan berhemah dan berhati-hati, kita akui jalan amat sesak di musim-musim perayaan namun kita boleh rancang perjalanan dengan lebih sempurna.
“Tambahan pula dengan bantuan operasi-operasi yang dijalankan Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang turut sama membantu mengurangkan kadar kemalangan maut dan juga kesesakan akibat daripada sikap pemandu itu sendiri, saya juga berharap inisiatif yang pihak kerajaan akan lakukan ini juga dapat dipercepatkan lagi selepas ini,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menyarankan agar semua syarikat-syarikat kenderaan awam negeri menambah jumlah kenderaan tersebut untuk memudahkan lagi orang ramai menggunakannya di kawasan-kawasan bandar bagi mengelak kesesakan lalu lintas.
Pemandu tidak berhemah punca kesesakan
Sikap pemanduan yang tidak berhemah merupakan di antara faktor utama terjadi kesesakan jalan raya dan kes kemalangan maut terutamanya di musim-musim perayaan dan cuti umum.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri, Yusrina Md Yusof berkata, sikap seseorang pemandu itu memainkan peranan penting bagi memastikan perjalanan yang lebih efektif dapat dilakukan.

“Kadang-kadang mereka terlalu ingin mengejar masa, sebab itu kami
selalu mengadakan advokasi terutamanya tentang bagaimana untuk merancang
perjalanan yang sempurna, walaupun kita memandu setiap hari, namun kita
gagal untuk rancang jarak dan masa yang sesuai.
“Sebagaimana yang kita tahu jumlah kenderaan semakin hari semakin banyak, maka itu juga di antara faktor kenapa kesesakan lalu lintas berlaku terutamanya waktu-waktu kemuncak, sebab itu kita mesti merancang dulu perjalanan, ini amat penting,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, daripada analisis yang dilakukan oleh pihaknya, jumlah
kematian dan kemalangan maut semakin hari semakin meningkat maka jika
perkara tersebut tidak dibendung tidak mustahil peratusan tersebut akan
lebih menaik selepas musim perayaan nanti.
Beliau juga berkata, infrastruktur jalan yang tidak sempurna juga
menjadi faktor pelbagai kemalangan yang melibatkan motosikal dan
kenderaan berat berlaku terutamanya di kawasan laluan utama kenderaan
tersebut.
“Jalan-jalan di Kelantan juga mempunyai permukaan fizikal yang kurang memuaskan dan menjadi antara faktor kenapa banyak kes-kes kemalangan berlaku melibatkan motosikal dan sebagainya.
“Dalam masa yang sama kami juga telah melakukan pelbagai pemantauan untuk kes-kes seperti ini dan menjadi medium untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab jika ada jalan yang perlu dibaik pulih dan sebagainya.
“Ketiga-tiga faktor tersebut mempengaruhi kesesakan jalan raya yang berlaku sekarang, saya juga berharap agar satu masa nanti kita memiliki sifar kemalangan maut walaupun kenderaan semakin hari semakin bertambah, apa yang penting, bawa kereta dengan berhemah, ikut peraturan dan peka dengan keadaan jalan raya yang mungkin mengganggu perjalanan kita,” katanya.
JPJ tidak buat sekatan
Bagi melancarkan lagi jalan raya di musim perayaan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan peraturan kenderaan berat tidak boleh memasuki jalan-jalan utama di setiap Bandar.
Pengarah JPJ Kelantan, Abd Ghani Che Kasim berkata, langkah tersebut bagi memastikan perjalanan trafik lancar dan tidak terganggu dengan kenderaan muatan berat yang memungkinkan kelambatan berlaku.
“Mereka mempunyai had laju sendiri, sebagai contohnya di kawasan berbukit, memang ambil masa untuk lepas, sebab itu kami ambil inisiatif ini untuk sekat perjalanan mereka pada 6 dan 7 Ogos serta 17 dan 18 Ogos, jika mereka ingkar, kenderaan tersebut boleh disita.
“Kali ini juga kita tidak akan mengadakan sebarang sekatan jalan raya sepanjang musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan berlaku dan aliran trafik berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, cuma kami akan tugaskan anggota JPJ di beberapa lokasi ‘hot spot’ kemalangan sebelum ini,” katanya kepada Sinar harian.
Menurutnya, terdapat lima kawasan yang di senarai hitamkan di bawah pengawasan Kawasan Kerap Kemalangan (KKK) iaitu kilometer 12, Jalan Gua Musang-Merapoh-Kuala Lipis, Kilometer 35 Kota Bharu-Gua Musang di Jajahan Labok dan Machang.
Manakala di Sempadan Gua Musang-Kuala Krai pula di kilometer 107, kilometer 114 Kota Bharu- Jeli-Grik iaitu di Lebuh Raya Timur Barat dan Kota Bharu- Terengganu di kawasan Bukit Yong dan Bukit Jawa.

Beliau berkata, kawasan KKK tersebut akan dipantau oleh anggota JPJ
yang bertugas 24 jam mengikut syif bagi membantu melancarkan lagi
perjalanan kenderaan di kawasan itu selain bersedia untuk sebarang
kesulitan.
“Kita sediakan 3-4 orang setiap kawasan dan untuk operasi Hari Raya
kali ini ia telah bermula sejak 1 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada
18 Ogos nanti dan sebagaimana tahun lepas, jumlah kenderaan yang akan
memasuki negeri ini sempena Aidilfitri akan meningkat malah dijangka
melebihi dari 60,000.
“Fizikal jalan yang sempit juga sebenarnya menyukarkan kenderaan bergerak lebih pantas kerana ada sesetengah jalan yang hanya mempunyai dua haluan sahaja, maka jika kereta depan kita perlahan, atau ada lori di kawasan bukit, maka perjalanan kenderaan lain di belakang juga akan terganggu,” katanya.
Abd Ghani turut menasihatkan semua penumpang supaya tidak melanggar sebarang peraturan jalan raya bagi memastikan perjalanan yang selamat dan tiada kemalangan maut berlaku.
“Pemandu mesti peka dengan setiap laluan dan berwaspada dengan kawasan-kawasan hot spot yang kita telah senaraikan yang mana boleh mengakibatkan kesesakan yang luar biasa sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini,”katanya.

Sinar Harian
Selasa 6 Ogos,2013.
No comments:
Post a Comment